Semasa

Spiderman tunggang yamaha lc135 ditahan polis

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


HASIL pemeriksaan yang dijalankan mendapati Ambro tiada kesalahan jenayah dan dibebaskan. FOTO Facebook IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Georgetown: “Saya bukan Spiderman, saya kerja biasa sahaja,” kata penunggang motosikal yang ditahan polis kerana menunggang dengan berpakaian kostum adiwira Spiderman di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini semalam.

Gambarnya bersama dua anggota polis itu viral di media sosial sejak semalam sebelum mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Penunggang yang hanya mahu dikenali sebagai Ambro, 28, berkata, dia hanya ingin berseronok dan tidak mahu menjadi popular ekoran tindakannya itu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, dia ditahan tiga anggota polis dari Unit Rondaan bermotorsikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang terserempak dengannya.

Menurutnya, pada mulanya dia sudah terserempak dengan tiga anggota polis itu dan sempat mengangkat tangan sebelum pergi bersiar-siar di kawasan Persiaran Karpal Singh.

Katanya, dia kemudian keluar ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu untuk pulang ke rumah.

Ambro berkata, sejurus selepas itu dia ditahan oleh dua anggota polis iaitu Lans Koperal Yunus Mohd Ghani dan Konstabel Suhairi Jaafar.

“Saya pada mulanya terkejut kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dan apa yang menarik selepas diperiksa dua anggota polis meminta untuk bergambar dengannya sebelum dilepaskan.

“Saya biasa-biasa sahaja dan tiada apa-apa keistimewaan selain kostum yang dibeli dengan harga RM300 ini sebenarnya digunakan ketika menghadiri majlis makan malam tahunan tempat kerja,” katanya yang terkejut selepas gambar berkenaan viral sebelum dihubungi rakan-rakannya.

Sikap berani Ambro mendapat pujian ramai netizen selain ada yang memberi komen yang positif dan tidak kurang pula yang memberi komen lucu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemeriksaan itu adalah tindakan biasa yang dijalankan oleh setiap anggota polis bagi mencegah daripada berlakunya jenayah di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau berkata, sewaktu membuat pemeriksaan anggotanya telah menahan Ambro yang memakai kostum Spiderman dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia tiada kesalahan jenayah dan dibebaskan.

http://www.hmetro.com.my/node/159295

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639083″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply