Semasa

Um,usm,ukm antara 500 universiti terbaik dunia 2016

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh : TS LOO

Keputusan Ranking Akademik Universiti Sedunia 2016 yang diumumkan hari ini, negara kita terdapat tiga universiti berjaya tersenarai dalam senarai 500 terbaik, antaranya Universiti Sains Malaysia, USM, Universiti Malaya, UM dan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

3 Universiti Tempatan Tersenarai Dalam Ranking Akademik Universiti Sedunia 2016!

Sejak disenaraikan pada tahun 2011, Universiti Malaya enam tahun berturut-turut berjaya tersenarai antara 500 universiti dunia yang terbaik. Pada tahun 2014, kedudukan meningkat ke kumpulan yang berkedudukan antara 301 hingga ke 400, tahun ini jatuh ke kumpulan yang berkedudukan antara 401 hingga ke 500.


Universiti Sains Malaysia,USM yang terkenal dalam kejuruteraan, teknikal dan sains komputer, berjaya tersenarai pada tahun 2014, tahun ini merupakan tahun ketiga berjaya disenaraikan sebagai 500 unversiti terbaik sedunia.


Yang membanggakan, pada tahun 2014 dan 2015, Universiti Sains Malaysia berjaya tersenarai dalam kumpulan yang berkedudukan antara 101 hingga ke 150.


Manakala Universiti Kebangsaan Malaysia pula buat kali pertama tersenarai.


Tahun ini, Ranking Akademik Universiti Sedunia 2016 untuk kedudukan 10 teratas, boleh dikatakan hampir semuanya diungguli oleh Universiti dari Amerika Syarikat. Kedudukan pertama sudag selama 14 tahun jadi milik Universiti Harvard Amerika Syarikat.


Sementara itu, Universiti Tokyo adalah satu-satu universiti dari Asia yang berjaya tersenarai sebagai antara 20 universiti terbaik dunia.


Ranking Akademik Universiti Sedunia 2016 diterbitkan oleh Agensi Perunding Ranking dari Shanghai, pertama kali diumumkan secara terbuka adalah pada tahun 2013 dan mendapat pengiktirafan sebagai salah satu ranking universiti yang paling berpengaruh di dunia.– CARI



Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply