Semasa

Wanita maut lepas paderi arah tindih dengan kotak pembesar suara

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


RABALANGO duduk di atas pembesar suara yang diletakkan di atas badan seorang wanita yang maut selepas kejadian itu. – Agensi

Cape Town: Seorang wanita maut selepas ditindih pembesar suara dalam satu upacara untuk menunjukkan mukjizat seorang paderi di sini baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, paderi berkenaan, Lethebo Rabalango membuat upacara bagi membuktikan mukjizatnya di sebuah gereja di Polokwane.

Dalam upacara berkenaan, Rabalango berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap tuhan, dia mampu melakukan apa sahaja.

Paderi itu kemudiannya menjemput seorang wanita muda ke pentas dan memintanya berbaring di lantai.

Rabalango mengarahkan beberapa pengikutnya mengangkat satu pembesar suara yang besar untuk diletakkan di atas badan wanita itu.

Mendakwa berat pembesar suara itu tidak akan mengapa-apakan wanita itu, paderi itu turut duduk di atasnya menyebabkan dada wanita itu tersekat untuk bernafas.

Selepas 5 minit, paderi itu mengarahkan pengikutnya mengangkat pembesar suara namun tiada tindak balas dari wanita itu.

Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital dimana mangsa disahkan meninggal dunia. Mangsa juga dilaporkan mengalami patah tulang rusuk.

Mengejutkan, paderi itu menyalahkan wanita itu kerana kurangnya kepercayaan dalam diri menyebabkan demonstrasi yang mudah seperti itu pun gagal dilaksanakan.

http://www.hmetro.com.my/node/159054

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639020″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply