Semasa

Warga emas meninggal dunia ketika solat jenazah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


WARGA emas yang meninggal dunia ketika menunaikan solat jenazah. FOTO ihsan pembaca

TASEK GELUGOR – Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila beliau rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi itu, Ahmad Bidin, 82, sebelum itu turut menguruskan jenazah pemuda berkenaan yang meninggal dunia selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan jalan raya.

Imam masjid berkenaan, Mat Desa Sulaiman, 80, berkata, ketika hendak mengangkat takbir pertama, Ahmad yang berada di saf hadapan dan bersebelahannya hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakangnya.

“Masa mula-mula dia rebah saya memapahnya dan dudukkannya di sebatang tiang di dalam masjid, tetapi selepas beberapa saat dia sedar serta kembali memenuhi saf hadapan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, tetapi arwah tetap meneruskan solat jenazah dan semasa hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Mat Desa berkata, mereka kemudian membaringkan Ahmad dan mendapati Allahyarham tidak lagi bergerak walaupun namanya dipanggil berulang kali sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang dengan ambulans. – Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4HJzNnqyV

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639008″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply