Semasa

Bunuh wanita perancis: ummah berkerak kekal hukuman mati.

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


16 OGOS 2016


http://www.sinarharian.com.my/semasa/bunuh-wanita-perancis-hukuman-mati-kekal-1.552912





PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh seorang pelancong warga Perancis lima tahun lepas.
Rayuan akhir Asni Omar, 41, ditolak panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan itu.
Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.
Asni disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan kerana membunuh Stephanie Foray, 30, di sebuah rumah di Kampung Tekek, Pulau Tioman, antara 8 malam 10 Mei dan tengah hari 12 Mei 2011.
Dia kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, menyebabkan dia membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mayat Foray dijumpai kira-kira tiga bulan kemudian ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Tioman.
Asni, yang memakai pakaian penjara merah dan putih, kelihatan tenang ketika mahkamah menyampaikan hukuman.


Dia bagaimanapun mempunyai satu pilihan terakhir, iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan, terhadap hukuman mati ke atasnya.
Dalam rayuan itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Asni, berhujah bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan tiada kes prima facie kerana membunuh, sebaliknya beliau berkata paling baik adalah kes menyebabkan kematian tanpa niat.


Beliau berkata, tiada keterangan langsung bahawa anak guamnya membunuh wanita itu dan kecederaan yang dialami si mati pada tulang tengkoraknya berkemungkinan akibat daripada terjatuh yang menyebabkan kepalanya terhentak.
Timbalan Pendakwa Raya, Fatnin Yusof berkata, keterangan menunjukkan bahawa ia merupakan satu pembunuhan.


Beliau berkata, Asni telah mendedahkan maklumat dan membawa polis ke sebuah gua tempat mayat Foray dijumpai ditanam di dalam sebuah lubang dan ke rumahnya tempat barangan kepunyaan wanita itu dijumpai.
Beliau berkata, keterangan berkaitan maklumat itu boleh diterima mahkamah. – Bernama

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply