Semasa

Cikgu tadika didakwa cucuk alat sulit murid hingga berdarah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

TAWAU Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan seksual seorang guru wanita di sebuah tadika di sini, baru-baru ini.

Menurut laporan New Sabah Times, ibu kanak-kanak malang itu menyedari kejadian tersebut selepas kanak-kanak terbabit mengadu sakit di bahagian kemaluan sejurus pulang dari pusat didikan kanak-kanak (tadika) di daerah ini kira-kira 4.30 petang, pada 8 Ogos lalu.

Hasil pemeriksaan, ibu mangsa mendapati terdapat kesan tompokan darah pada seluar dalam anaknya, sebelum wanita berkenaan membawa anak keduanya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, lapor portal tersebut lagi.

Dakwa ibu mangsa, anak perempuannya itu memberitahu guru terbabit telah mencucuk kemaluannya menggunakan jari telunjuk gara-gara dia terkencing dalam seluar.

Berikutan laporan dibuat ibu mangsa, seorang guru berusia 25 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kes ini masih dalam siasatan dan masih mengumpul bukti, dengan perkembangan kes akan dimaklumkan apabila suspek telah dituduh, katanya dipetik portal itu, hari ini.

Sementara memetik kenyataan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat sebagai berkata, ibu bapa disarankan agar menyelidik latar belakang sesebuah tadika atau taska sebelum menempatkan anak masing-masing bagi tujuan keselamatan.

Beliau dalam pada itu berkata, semua tadika dan taska di daerah ini perlu berdaftar dengan kerajaan dan sistem pentadbiran perlu diiktiraf selain guru-guru serta pembantu melepasi syarat kelayakan yang diiktiraf, lapor New Sabah Times.

http://www.malaysiandigest.com/bahas…-berdarah.html

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639124″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply