Semasa

Gagal dapat nombor, beratus nekad tidur depan imigresen

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

KUALA LUMPUR, 15 Ogos Gagal mendapatkan nombor giliran untuk urusan memohon dan memperbaharui pasport, lebih 200 pemohon bermalam di hadapan pejabat imigresen.

Mereka yang berkumpul seawal jam 11 malam kelmarin di pejabat imigresen UTC Pudu Sentral menyebabkan ratusan pengunjung lain beratur panjang seawal jam 5.30 pagi keesokannya.

Saya datang ke sini untuk memperbaharui pasport isteri dan anak yang akan ke Hong Kong bulan depan.

Saya tidak mempunyai pilihan lain selain datang ke sini kerana pejabat imigresen lain juga terlalu ramai orang.

Bagi yang datang selepas pukul 6 pagi, mereka tidak akan dapat nombor dan perlu datang semula keesokan harinya, kata ahli perniagaan, Jovis Low, 37, kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Nadia Bidres, 30, yang mahu berkunjung ke Lombok, Indonesia hujung bulan ini juga kecewa apabila bertandang ke pejabat imigresen UTC Pudu Sentral.

Katanya, dia terdahulu hadir ke pejabat imigresen UTC Sentul namun gagal mendapatkan nombor giliran.

Saya datang pukul 8 pagi, dan pegawai imigresen maklumkan nombor giliran telah habis.

Di*sebabkan itu saya memilih untuk ke sini, namun kecewa kerana situasi yang sama berlaku.

Pihak imigresen perlu menambah baik sistem mereka atau wujudkan perkhidmatan dalam talian bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan kedua-dua belah pihak, dia dilaporkan berkata.

http://www.themalaymailonline.com/pr…epan-imigresen

Sumber: Official News, Current Issuespuyolhttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639131″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply