Semasa

Kontraktor dituduh rekrut ahli daesh di sik

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

AMMAR MUBASSYIR ABD HADI
16 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/se … esh-di-sik-1.552768


Tertuduh ( tengah) dibawa anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret Baling, hari ini. – Foto Sinar Harian

BALING – Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling atas tuduhan merekrut dua individu bagi menyertai ahli kumpulan pengganas Daesh.
Tertuduh, Saidin Yacoob didakwa merekrut Ishak Haya dan Abdul Halid pada Januari hingga September 2013.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah di rumah di Lot 3847,Rancangan Pinggir Padang Besar,Mukim Jeneri.
Berikutan itu,dia boleh dihukum di bawah Seksyen 130 E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara bagi suatu tempoh berlanjutan sehingga 30 tahun dan didenda jika disabit kesalahan.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah daripada tertuduh bagi semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.
Mohd Izmi Ibrahim menetapkan 12 Oktober sebagai sebutan semula kes untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Darul Aman iaitu Nurul Faraheen Yahya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply