Semasa

Lelaki dakwa akaun facebook digodam, hantar gambar lucah kepada rakan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Wahyu (kanan) menunjukkan laporan polis dan akaun Facebook miliknya yang terdapat gambar lucah yang dihantar pihak ketiga.

BATU PAHAT – Seorang lelaki membuat laporan polis setelah mendakwa akaun Facebook miliknya digodam, dan digunakan pihak ketiga untuk menghantar gambar lucah kepada kenalannya.

Wahyu Hidayat Jaapar, 34, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, sekali gus memberi kesan terhadapnya apabila dipandang serong oleh umum.

Dia yang juga Ketua Biro Kebajikan Pemuda Umno Bahagian Sri Gading akui hanya menyedari akaun Facebooknya digodam melalui rakannya.

Pada hari ini (semalam) saya masih belum buka akaun Facebook saya, namun kenalan saya bertalu-talu beritahu hal berkenaan (gambar lucah) terdapat di Facebook saya. Ada juga beberapa pihak hubungi saya dengan sindiran.

Lebih teruk lagi gambar lucah itu turut dihantar dari akaun saya ke akaun Facebook lain, di mana akan menyebabkan seolah-olah saya yang hantar gambar berkenaan, katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Menurut Wahyu, dia berharap orang ramai tidak salah faham mengenainya.

Saya berharap setelah laporan ini dibuat, polis dapat menyiasat sebaiknya dan ia dijadikan pengajaran kepada individu lain, katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…lucah-1.552757

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639130″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply