Semasa

Nasi dagang,keropok losong kini harta intelek terengganu

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nasi dagang, keropok losong kini harta intelek Terengganu

16/08/2016 4:37pm

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

KUALA TERENGGANU – Tujuh produk tradisional negeri ini termasuk nasi dagang Terengganu dan keropok losong disahkan pendaftaran sebagai harta intelek oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini.


Ahli Lembaga Pengarah MyIPO, Ahmad Lai Bujang berkata, lima produk Terengganu lain yang turut digazetkan sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi tersebut ialah bot Pulau Duyong, batik Terengganu, tembaga Ladang, ukiran kayu Besut dan keropok lekor Terengganu.


“Pendaftaran ketujuh-tujuh produk kebanggaan Terengganu tersebut sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi yang menggunakan konsep pemilikan bersama dalam kalangan pengeluar produk berkenaan.


“Ia memberi hak eksklusif kepada pengusaha lokasi asal produk tersebut untuk membangunkan standard pengeluaran, pengurusan kawalan kualiti dan pemasaran lebih berkesan bagi tujuan pengkomersialan,” katanya selepas menyerahkan Sijil Petunjuk Geografi berkenaan kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Iskandar Jaafar di sini hari ini. – K! ONLINE

/- dari abang @dinopower asik nak bergasak je ngan jodoh dia, si lava tu elok laa ramai-ramai makan kepok bagai segala. boleh jemput bang @kemaruk ramas mesra sekali.

Tahniah wat rakyat Ganu sbb dah register. tak sempat laaah orang lain nak claim itu dorang punye etc

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply