Semasa

Yusof haslam dilantik pantau sprm

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

PETALING JAYA: Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penerbit filem Gerak Khas itu adalah antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), manakala tujuh lagi dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempoh pelantikan 20 anggota itu selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos 2017.

Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009, katanya.

PPPR dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dengan 11 anggota lain termasuk bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa; bekas Naib Canselor UKM, Prof Datuk Mohd Sham Sani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Manakala PPO pula diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaleha Zahari dengan enam anggotanya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pensyarah UKM, Prof Madya Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, Datuk Azizan Abdul Rahman.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Pelantikan 20 anggota badan bebas pemantau perjalanan SPRM itu dibuat selaras ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi memastikan suruhanjaya itu mampu membanteras gejala rasuah di negara ini secara berkesan.

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lalu berkata, fokus utama beliau menerajui SPRM ialah menekankan peranan suruhanjaya berkenaan dalam usaha meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta.

http://www.freemalaysiatoday.com/cat…k-pantau-sprm/

Sumber: Official News, Current Issuessekam padihttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639113″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply