Semasa

Atlet judo mesir dihantar pulang krerana enggan bersalam atlet judo israel

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


16 OGOS 2016


http://www.sinarharian.com.my/su … ggan-salam-1.553019





El Shehaby dihantar pulang selepas enggan bersalaman dengan atlet Israel.- Foto BBC

ATLET Judo Mesir, Islam El Shehaby dihantar pulang dari temasya Sukan Olimpik Rio 2016 selepas beliau enggan untuk berjabat tangan dengan lawannya dari Israel, Or Sasson selepas tamat perlawanan.
Tindakan atlet berusia 34 tahun itu ditegur oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berdepan kekalahan pada pusingan pertama perlawanan Jumaat lalu.
IOC berkata, kelakuan El Shehaby itu adalah bertentangan dengan semangat kesukanan dan persahabatan yang terkandung dalam nilai-nilai Olimpik.
Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Mesir turut mengutuk tindakan El Shehaby dan mengambil tindakan untuk menghantarnya pulang.


Ekoran kejadian itu, El Shehaby diejek oleh orang ramai dan dia turut dipanggil semula ke pentas perlawanan untuk tunduk kepada lawannya kerana melanggar peraturan judo.
Sasson turut mendedahkan bahawa jurulatihnya telah memberi peringatan bahawa El Shehaby berkemungkinan tidak akan bersalaman dengannya ketika perlawanan itu.
Difahamkan, Mesir telah menerima tekanan daripada suara-suara konservatif di negara berkenaan sebelum ini untuk menarik diri daripada pertarungan tersebut.- BBC

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply