Semasa

Budak 2 tahun lemas dalam baldi di shah alam

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Ibu mangsa, Lina 29 (kiri) bersama anak sulungnya, Sya 4 (kanan) ditemui selepas pengkebumian anak bongsunya, Iman Harris Mohd Syazwan 2, yang meninggal dunia akibat lemas di dalam bilik air. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Shah Alam: Budak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas dalam baldi di bilik air di rumahnya di Seksyen 24, di sini, pagi semalam.

Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya kira-kira 10 pagi selepas bangun daripada tidur sebelum mendapati anak bongsunya itu tiada di sisi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dibawa ke klinik Seksyen 19 dan didapati sudah tidak bermaya, sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Sebelum kejadian, mangsa tinggal berdua bersama ibunya selepas suaminya keluar bekerja dan mereka tidur kembali.

“Manakala, kakak mangsa berusia lima tahun berada di rumah datuknya.

“Ibu mangsa terjaga dari tidur dan mendapati mangsa tiada di sisi.

“Dia kemudian ke bilik air utama kerana ternampak pintu bilik air terbuka dan mangsa dalam keadaan tersembam di dalam baldi,” katanya.

Shafien berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan punca kematian adalah lemas.

http://www.hmetro.com.my/node/159799

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639230″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply