Semasa

Perodua viva disita mpk rosak teruk, bahagian dalam hilang

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang





Inilah kereta yang rosak teruk selepas disimpan di stor kenderaan MPK.



Resit bayaran yang dibuat kepada MPK.

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang ibu tunggal untuk mengambil semula kereta Perodua Viva miliknya yang disita di stor kenderaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Permatang Badak, Kuantan kelmarin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kenderaannya rosak teruk termasuk beberapa bahagian di dalamnya hilang.

Mangsa, Dzulainie Sofie Abu Hassan, 36, mendakwa, keretanya telah disita oleh pihak MPK pada April lalu atas kesalahan tunggakan bayaran parkir berjumlah RM1,000.

“Saya telah membayar RM700 untuk menuntut kembali kereta. Apabila melihat keadaan kereta, luluh hati melihat apabila beberapa komponen hilang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Dia yang bekerja sendiri berkata, keretanya rosak teruk terutama di bahagian dalam selain beberapa komponen kenderaan iaitu keempat-empat pelapik pintu serta speaker hilang.

“Saya bertanya kepada kakitangan MPK di stor berkenaan berkenaan kerosakan itu dan alangkah terkejut apabila mereka menyatakan tidak bertanggungjawab atas kejadian itu,” ujarnya

Jelasnya, pihak MPK memberi alasan kerosakan itu disebabkan kereta disimpan terlalu lama di stor berkenaan.

“Masalahnya, saya bukan tidak mahu menuntut tetapi saya terpaksa mengumpul wang untuk membayar tunggakan tersebut,” jelasnya.

Bertambah malang lagi. Dzulainie berkata, beliau sekarang ini terpaksa menanggung kos membaiki kenderaannya itu dianggarkan sekitar RM6,000.

“Saya telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…#ixzz4HaagzYgi

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639249″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply