Semasa

Pesanan seorang gadis cina buat kebajikan jangan pilih kaum dan agama.

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.sinarharian.com.my/nasional/buat-kebajikan-jangan-pilih-kaum-1.550874


Siew Mei (kanan) bersama ibunya menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana di Kampung Jelatok, Tanah Merah.



TANAH MERAH – Peluang aktif dalam aktiviti kebajikan memberi kesempatan buat seorang gadis Tionghoa dari Kampung Jelatok, di sini, membantu masyarakat tanpa mengira kaum atau latar belakang agama.

Sebagai sukarelawan kebajikan, Loh Siew Mei, 36, turut mengambil peluang itu untuk mengenali secara lebih dekat budaya dan adat kaum yang ada di daerah ini terutama masyarakat Melayu.
Menurut Siew Mei, dia mula aktif sebagai sukarelawan kebajikan terutama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah sejak enam tahun lalu.

Saya tidak kekok bersama rakan dan kakitangan JKM dalam kalangan Melayu kerana keluarga saya sudah biasa bergaul dengan masyarakat setempat, katanya.
Dilahirkan pada 1980, Siew Mei merupakan anak sulung daripada enam beradik pasangan Loh Kim Cheong dan Wong Lai Song.

Seperkara yang menarik tentang Siew Mei ialah tarikh kelahirannya yang jatuh pada 29 Februari iaitu tarikh yang hanya muncul empat tahun sekali.
Siew Mei berkata, penglibatannya dalam aktiviti kebajikan secara tidak langsung membolehkannya membantu insan memerlukan tanpa mengira kaum atau agama.

Sebagai sukarelawan kebajikan, saya mesti ketepikan perbezaan yang ada, sama ada latar belakang agama atau kaum penerima yang perlukan bantuan, katanya.
Tambahnya, bantuan dihulurkan kepada mangsa bencana seperti kebakaran dan banjir tanpa mengira masa mengajarnya dan sukarelawan lain erti kerjasama dan perpaduan.

Bantu mangsa banjir
Saya dan rakan lakukan kerja kebajikan dengan ikhlas dan rela hati untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah atau bencana seperti kebakaran, banjir atau ribut.
Dapat membantu mereka yang perlukan bantuan dan melihat sendiri kesusahan dialami menimbulkan rasa simpati dalam hati, tanpa mengira siapa yang dibantu, katanya.

Menurutnya, antara pengalaman yang sukar dilupakan sebagai sukarelawan kebajikan ialah ketika membantu penduduk daerah ini yang menjadi mangsa banjir luar biasa, akhir 2014.
Apa yang penting bagi saya dan rakan-rakan ketika itu ialah menghulurkan bantuan diperlukan mangsa banjir. Kami tak fikir pun soal perbezaan kaum atau agama, katanya.

Tambahnya, dia bersama petugas lain yang majoritinya berbangsa Melayu menyediakan bantuan untuk mangsa banjir seperti makanan dan sebagainya.

Contoh keharmonian kaum
Dari segi latar belakangnya sendiri, Siew Mei memberitahu, dia bertuah kerana ibu bapanya juga bergaul mesra dengan masyarakat setempat.
Katanya, sebagai anak sulung, dia berharap dapat menjadi contoh kepada mereka dalam soal toleransi dan keharmonian kaum.

Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum mesti ada sikap toleransi dan saling faham-memahami antara satu sama lain, serta menghormati budaya dan adat kaum lain, katanya.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply