Semasa

Siasatan kes datuk tembak lelaki disangka monyet dibuka.

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Siasatan kes Datuk tembak lelaki disangka monyet dibuka

16 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/se … yet-dibuka-1.552799

IPOH – Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang pesara kerajaan bergelar Datuk yang melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki yang disangkanya monyet, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Sum Chang Keong berkata kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan akan disiapkan dalam rtempoh terdekat sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Pesara berkenaan yang memiliki lesen senjata api telah menyerahkan senjata tersebut kepada polis.
“Polis juga telah mengambil keterangan daripada mangsa untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, seorang lelaki yang berusia 63 tahun cedera di lengan akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh pesara berkenaan.
Kejadian berlaku semasa pesara berumur 64 tahun itu berehat di luar rumah abang iparnya di Kampung Chepor Dalam di sini sebelum melihat satu pergerakan di atas pokok rambutan yang terletak pada jarak kira-kira 50 meter.


Lelaki tersebut yang menyangka objek di atas pokok itu adalah monyet kemudian melepaskan satu tembakan sebelum terdengar suara orang mengerang kesakitan.
Pesara berkenaan kemudian membawa mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk rawatan lanjut dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil. – Bernama

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply