Semasa

Berkorban jaga madu terlantar

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Norbaiti (berdiri) membantu memberikan Ramlah susu formula sambil diperhatikan Abdul Razak.
SEGAMAT – Seorang wanita di Kampung Paya Pulai, di sini, sanggup berkorban masa dan tenaganya menjaga madunya yang kini terlantar sakit akibat diserang penyakit strok dan juga anak tirinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Norbaiti Kailani, 42, berkata, disebabkan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia nekad berkahwin bersama suaminya, Abdul Razak Daud, 78, semata-mata untuk menjaga madunya, Ramlah Abdul Ghani, 72.

Sebelum berkahwin dengan suami pada tahun 2012 lalu, saya dimaklumkan penyakit madu saya itu dan sedia galas tanggungjawab tersebut selain berniat bantu ringankan beban suami.

Saya bukan saja berkahwin dengan suami, bahkan sedia terima isteri pertama serta tujuh anaknya. Sejak hari pertama pernikahan kami, saya dah galas semua tanggungjawab itu dan Alhamdulillah anak-anak tiri terima saya seadanya, katanya.

Menurutnya, dia juga menganggap madunya itu seperti kakak kandungnya sendiri dan bersyukur dua lagi anaknya hasil perkahwinan dengan suaminya terdahulu turut diterima walaupun dia memegang status sebagai warganegara Indonesia.

Katanya, dia juga berasa tidak kekok untuk menguruskan madunya itu seperti memandikannya selain akan memastikan segala keperluan serta kebajikan madunya terjaga kerana Ramlah hanya bergantung kepada susu formula khas tujuh kali sehari yang dimasukkan melalui tiub khas.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Ramlah diserang strok pada 2006 dan keadaannya semakin melarat dari tahun ke tahun, manakala anak kelimanya, Mohd Fuad, 41, hilang deria penglihatan selepas terlibat kemalangan motosikal di Johor Bahru pada 1994.

Ketika ini saya hanya bergantung kepada wang pencen sebanyak RM950 selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk isteri pertama sebanyak RM300 bagi menyara keluarga seramai tujuh orang termasuk saya.

Seperti Fuad, dulu dia koma selama enam bulan selepas kemalangan tersebut selain pernah menjalani pembedahan buang darah beku di kepala serta perutnya. Walaupun dia OKU, Fuad pandai urus diri dan jarang susahkan kami, katanya.

Menurutnya, sewaktu menyuarakan hasrat hendak berkahwin lain kepada anak-anaknya, kesemua mereka bersetuju dan hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Katanya, dia yang merupakan pesara tentera juga terpaksa memperuntukkan kos kira-kira RM1,000 sebulan termasuk susu formula khas, lampin pakai buang dan kos rawatan untuk isteri pertamanya itu.

Saya tidak mahu fikir apa orang lain kata, kerana apa yang penting bagi saya sekarang adalah keikhlasan Norbaiti untuk membantu dan saya tetap menyayangi isteri-isteri saya ini seadilnya, katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/…antar-1.553577

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639305″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply