Semasa

Budak dibawa lari ditemui selamat

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Budak dibawa lari ditemui selamat

SUSPEK dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. FOTO Mohd Rizal Abdullah


Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: Kanak-kanak perempuan yang dilarikan abang iparnya sejak Selasa lalu ditemui selamat di dalam semak di Jalan Miri-Bypass di sini, hari ini.

Mangsa, Derrona Joylyn Joseph, 11, ditemui anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan itu pada 3.30 petang, selepas polis menahan suspek berusia 36 tahun itu di kawasan sama.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, mangsa ditemui dengan pakaian sekolah dan berada dalam keadaan lemah dan ketakutan.

Menurutnya, suspek sebelum ini meninggalkan kereta yang dinaikinya di kawasan tanah lapang di Jalan Miri-Bypass iaitu berhampiran lokasi mangsa ditemui.

“Disebabkan itu, polis yakin suspek dan mangsa hanya berada di kawasan berhampiran kawasan itu,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan manakala suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, suspek mejemput mangsa pulang dari sekolah tetapi tidak membawanya pulang ke rumah dan terus menghilangkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 6:52 PM



Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply