Semasa

Dari tangga ke-79 dunia hingga ke podium olimpik rio 2016. kami bangga

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh: Aimi Nordin

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan akhir badminton beregu campuran,Chan Peng Soon – Goh Liu Ying menentang pasangan dari negara seberang, Indonesia Ahmad Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir.

Walaupun kita tewas 14-21, 12-21 dalam masa 45 minit namun sejarah telah tercipta apabila julung kalinya beregu campuran negara yang boleh dikatakan pasangan ‘underdog’ berjaya hingga ke peringkat akhir Olimpik 2016.

Perjalanan mereka hingga merangkul pingat perak bukanlah sesuatu yang mudah. Pada tahun 2014, Liu Ying mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya untuk membetulkan ligamen untuk 11 bulan.

Selepas sembuh, Lui Ying berganding semula bersama Peng Soon. Semasa kelayakkan untuk ke Olimpik 2016 pada bulan Mei 2015 mereka berada di tangga ke-79 dunia. Mereka sangat bekerja keras untuk berada di pentas Olimpik seperti yang anda semua saksikan malam tadi.

Mengalahkan pasangan beregu nombor 6 dunia di peringkat separuh akhir mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Namun, dengan usaha keras mereka untuk negara pasangan beregu campuran Peng Soon dan Lui Ying berjaya merangkul perak walaupun terpaksa tunduk kepada pasangan beregu Indonesia.

Bermula di tangga ke-79 dunia hingga berjaya berdiri di atas podium Olimpik 2016 Rio untuk pingat perak, kami bangga. Tahniah dari kami di Erafm. #AyuhMalaysiaku

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply