Semasa

Kerana gemuk,8 penyampai tv mesir digantung kerja

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh : Dean BZ

Kegemukan atau juga dikenali dengan obesiti merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja.


Buat personaliti TV wanita khususnya, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup membimbangkan kerana sebagai personaliti yang berdepan dengan masyarakat umum amatlah dituntut memiliki tubuh yang ramping dan cantik untuk menarik lebih ramai penonton.

Menyedari hal itu, Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir (ERTU) memberi masa sebulan kepada lapan penyampai wanita untuk menurunkan berat badan sebelum boleh membuat kemunculan semula di kaca televisyen dengan “penampilan lebih sesuai”.


Tindakan stesen penyiar Mesir itu mengarahkan penyampai wanita terbabit mengamalkan diet selama sebulan membangkitkan kemarahan kumpulan hak wanita. ERTU mempunyai pengarah wanita, Safaa Hegazy yang juga bekas penyampai berita televisyen. Pengumuman itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyampai wanita terbabit.


Hos Channel 2, Khadija Khattab, memberitahu akhbar beliau mahu orang ramai melihat penampilannya di televisyen dan menilai sendiri sama ada beliau ‘gemuk’ dan sama ada layak dihalang bertugas. Seorang lagi penyampai berkata, keadaan itu mengecewakan keluarganya dan sepatutnya ditangani secara tertutup. Pusat Garis Panduan dan Kesedaran Perundangan Wanita mengutuk langkah itu, berkata ia melanggar Perlembagaan dan adalah bentuk keganasan terhadap wanita.


Walaupun berhadapan kritikan, sumber ERTU memberitahu laman web berita Veto, keputusan itu tidak akan ditarik balik tetapi gaji dan faedah kumpulan penyampai wanita berkenaan tidak akan dipotong, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Pengulas media Mesir membahaskan sama ada penggantungan itu wajar. Wartawan akhbar Al-Ahram, Fatma al-Sharawi, berkata dasar itu perlu dilaksanakan di semua stesen televisyen tempatan.


Namun penulis dan ahli akademik, Waheed Abdul Majid, berasa saluran itu perlu memberi tumpuan kepada memperbaiki kandungan, bukan penampilan penyampai. Di media sosial, sebahagian pengguna meluahkan sokongan kepada wanita berkenaan tetapi beberapa lagi menggelar mereka ‘bakabouza’ , perkataan yang digunakan untuk menggambarkan wanita gemuk. CARI

Sumber – Agensi

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply