Semasa

Makhluk misteri menyerupai manusia gemparkan portugal

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.youtube.com/watch?v=yQ-iNem_0qg


MAKHLUK misteri menyerupai manusia dirakam berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal baru-baru ini. AGENSI

LISBON 17 Ogos Makhluk misteri menyerupai manusia yang sedang berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal berjaya dirakam dan menjadi viral baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, makhluk itu dipercayai haiwan legenda Amerika Selatan yang menghisap darah kambing dan digelar masyarakat sebagai Chupacabra.

Video singkat itu merakamkan makhluk misteri berkenaan sedang berjalan secara perlahan melalui tanah tandus dengan kepalanya membongkok.

Makhluk tersebut dipercayai sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sunyi gurun itu.

Bagaimanapun, makhluk menyerupai manusia terbabit kemudiannya hilang daripada pandangan kamera di sebalik belukar di gurun berkenaan.

Sementara itu, klip video tersebut yang dimuat naik di internet sejak sebulan lalu kini telah ditonton lebih 200,000 orang.

Malah, pengguna internet turut berbalah dalam menentukan jenis haiwan itu.

Ada di antara pengguna percaya haiwan itu adalah Chupacabra manakala ada yang mendakwa makhluk itu sebagai Big Foot.

Tidak kurang yang mendakwa video itu adalah palsu berdasarkan kualiti rakaman.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar….sFUNU8V0.dpuf

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639268″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply