Semasa

Mata mungkin buta dibaling pembaris

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


Johor Bahru: Hanya kerana menegur pelajar lelaki berkenaan supaya tidak membuat bising, saya kini mungkin buta, kata H Shalini, 14, pelajar tingkatan dua yang berdepan kemungkinan hilang pancaindera selepas matanya cedera dibaling pembaris plastik oleh rakan sekelas, Isnin lalu

Shalini berkata, kejadian jam 2.10 petang berlaku ketika dia mengikuti kelas seni dan tindakannya menegur pelajar lelaki itu kerana dia membuat bising serta mengganggu rakan lain

Menurutnya, akibatnya dia kini kesakitan termasuk mata berair dan bengkak

Ketika itu, katanya, rakannya memaklumkan kejadian kepada guru di dalam kelas namun guru berkenaan tidak mengambil tindakan sebaliknya meminta rakannya kembali ke tempat duduk

Selepas tamat waktu sekolah, bapa saudara saya yang menjemput terkejut melihat mata saya merah sebelum membawa saya ke klinik

Doktor tidak memberi apa-apa rawatan sebaliknya merujuk saya ke hospital pakar kerana khuatir mata saya mengalami jangkitan kuman, katanya

Sementara itu, bapa saudaranya, Dr KM Letchmighandan berkata, selepas pemeriksaan di hospital, Shalini disahkan mengalami kecederaan selaput mata kanan sepanjang satu sentimeter

Katanya, keadaan itu menyebabkan Shalini perlu menjalani pembedahan membuang selaput koyak jam 9.30 malam, Isnin lalu

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian menimpa anak saudaranya itu kerana kini berdepan risiko kehilangan penglihatan

Beliau berkata, Shalini juga dinasihatkan menjalani pembedahan kedua dalam tempoh sebulan bagi memasukkan silikon selaput mata

Bagaimanapun tiada jaminan matanya sembuh sepenuhnya dan sekiranya dia mengalami kecacatan, ia menjejaskan masa depan

Saya juga tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang berdiam diri pada waktu kejadian dan tidak segera menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkannya supaya kami dapat membawanya ke klinik, katanya, semalam

Menurutnya, dia membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Nusajaya, Isnin lalu

Sementara itu, jurucakap sekolah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan daripada penjaga Shalini dan siasatan dijalankan, malah guru yang berada di dalam kelas ketika kejadian turut membuat laporan polis


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639290″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply