Semasa

Padah selfie: tiga sekeluarga mati lemas

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

PESHAWAR – PAKISTAN . Seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Safia Atif mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kunhar ketika cuba merakam gambar selfie, lapor AFP.

Malangnya, kedua ibu bapanya juga maut ketika cuba menyelamatkan anak mereka itu.

Sungai Kunhar merupakan sebuah tempat pelancongan berbukit di perkampungan Beesian, 200km dari utara Islamabad yang popular bagi sukan rakit.

Menurut pegawai polis, Arshad Khan, kejadian itu turut disaksikan pelancong-pelancong lain yang berada di tempat tersebut.

Ibu Safia, Shazia Atif dikatakan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya namun dihanyutkan air sungai yang deras.

“Melihat isteri dan anaknya lemas, si bapa, Atif Hussain juga terjun untuk menyelamatkan mereka namun ditimpa nasib yang sama,” katanya.

Pegawai polis itu berkata, ibu bapa Safia merupakan doktor dari wilayah Punjab yang sedang bercuti bersama anak-anaknya yang lain.

Sepasang lagi anak mereka berusia sembilan dan enam tahun dilaporkan menyaksikan sendiri ibu bapa dan kakak mereka mati lemas.

Kedua-dua mereka kini dalam perlindungan pentadbiran tempatan dan akan diserahkan kepada para anggota keluarga mereka apabila mereka tiba di sini, katanya.

Seorang pegawai berkata pemerintah sudah meletakkan papan tanda memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menghampiri sungai itu.

Setiap tahun, sekitar 12 orang mati lemas di sini. Ini tempat pelancongan dan orang ramai biasanya ke sini untuk berkelah dan kebanyakannya orang luar yang tidak tahu betapa dalamnya sungai ini, katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/global…lemas-1.553342

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639248″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply