Semasa

Sudah 17 bulan mengandung masih belum lahirkan bayi

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: Sinar Harian Oleh: Aimi Nordin

Kebiasaannya untuk seseorang wanita yang mengandung ia mengambil masa 9 bulan 10 hari untuk melahirkan bayi. Tapi bagi seorang wanita dari Hunan, China ini sudah 17 bulan mengandung dan masih belum boleh melahirkan anak yang dikandung.

Wanita yang bernama Wang Xi ini sepatutnya melahirkan anaknya pada 15 November tahun lalu, tapi doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan belum masanya lagi untuk dia lahirkan anak. Kini sudah masuk 17 bulan.

“Saya pun sendiri rasa malu kenapa saya mengandung begitu lama. Saya harap bulan depan saya dapat lahirkan bayi ini dengan selamat,” kata Wang Xi.

“Saya dan suami seperti sudah hilang sabar. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya seminggu sekali saya pergi ke hospital melakukan pemeriksaan dengan harapan boleh bersalin.

“Saya telah melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 30 kali dengan bayaran tidak kurang 10,000 yuan (RM6,000), bayi dalam kandungan tetap tidak dapat dilahirkan,” katanya.

Sewaktu meminta untuk melakukan caesaran, doktor menolak permintaanya dan mengatakan bayinya masih belum matang.

“Doktor minta saya bersabar kerana bayi masih selamat dan sihat dalam kandungan saya. Jadi terpaksalah saya tunggu sehingga hari ini,” katanya.

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply