Semasa

2 gadis di afrika meninggal dunia selepas dikhatankan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Local communities demonstrate against female genital mutilation.

FREETOWN: Seorang gadis meninggal dunia selepas berkhatan dalam kejadian yang berlaku di Sierra Leone, menurut polis, Khamis, beberapa hari selepas kematian seorang lagi gadis berusia 10 tahun di Guinea.

Pemotongan genitalia wanita (FGM) telah tersebar luas di kejiranan negara-negara barat Afrika, dengan kira-kira 90 peratus daripada wanita di kedua-dua negara menjalani proses berkhatan.

Fatmata Turay, berusia 19 tahun, meninggal dunia selepas berkhatan dalam satu upacara inisiasi di perkampungan Mabolleh di utara Sierra Leone dan tiga wanita yang terbabit dengan upacara itu, termasuk ibu saudara mangsa, telah ditangkap, kata polis.

“Satu siasatan terhadap upacara khatan itu yang membawa kepada kematian gadis ini akan dijalankan,” kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Sosial Rugiatu Turay.

Kematian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 10 tahun di Makpozou, kawasan hutan di selatan Guinea, meninggal dunia dalam keadaan yang sama, menurut kementerian tindakan sosial di negara ini.

Kanak-kanak itu meninggal dunia di kem berkhatan untuk anak-anak gadis, kata kementerian itu.

Kerajaan Guinea menggesa komuniti yang mengamalkan FGM untuk ‘berhenti mengorbankan kanak-kanak perempuan’, dan berkata ia komited kepada perjuangan menentang ‘amalan yang hina’.

Wanita berkhatan adalah perkara biasa di Afrika Barat, di mana ia dianggap sebagai hak perempuan di mana pengamal boleh menjana pendapatan sehingga $50 (RM200) bagi setiap gadis yang dikhatankan.

Sierra Leone baru-baru ini mengesahkan protokol Kesatuan Afrika 2003 yang bertujuan untuk mengharamkan FGM.

http://www.mstar.com.my/berita/berit…ana-berkhatan/

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639379″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply