Semasa

Chong wei vs lin dan,siapa lebih layak ke final?

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.badmintonfreak.com

Bintang China, Lin Dan sekali lagi menghantui kempen jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam perebutan pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, apabila kedua mereka bakal berentap pada separuh akhir kira-kira jam 8 malam ini.


Selepas dua kali berturut-turut dikecewakan musuh tradisi itu, Chong Wei menepati ramalan apabila mudah melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan pencabar dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15.


Namun Lin Dan juga melepasi halangannya biarpun cemas seketika sebelum menyingkirkan K. Srikanth dari India 21-6, 11-21, 21-18.


Kemenangan mereka berdua di suku akhir sekali gus bakal menemukan mereka buat kali ke-37, di mana Lin Dan memenangi 25 pertemuan sebelum ini tetapi Chong Wei menumpaskan jaguh China itu dalam dua perlawanan terakhir.


Kebanyakan pemerhati sukan berpendapat Lin Dan sudah tidak setangkas dulu selepas kelihatan terpaksa bermandi peluh untuk menundukkan pemain muda dari India ketika perlawanan suku akhir Rabu lalu.


Justeru itu, Chong Wei wajar mengambil kesempatan itu memastikan kemenangan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan akhir demi impian pingat emas pertama negara mampu menjadi realiti. – CARI

sumber berita : Utusan Malaysia

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply