Semasa

Dipenjara setahun kerana tak mampu bayar denda

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


KUALA LUMPUR – Akibat tidak mampu membayar denda RM6,000, seorang pembantu dapur di sebuah restoran makanan segera terpaksa merengkok di penjara selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya di Mahkamah Trafik di sini hari ini

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau penjara setahun terhadap Ahmad Aufamuiz Mohd Azam, 21, kerana mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan dinaikinya di Jalan Raja/Dataran Merdeka, di sini, pukul 2 pagi hari ini

Anggota keluarga Ahmad Aufamuiz menangis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut

Selepas prosiding kes itu, kakak Ahmad Aufamuiz yang menangis memberitahu mereka tidak mampu membayar denda itu. Tertuduh kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang

Ahmad Aufamuiz didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)(Pindaan 1999) yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda ringan dengan alasan dia perlu bekerja bagi membantu keluarga

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Pelbagai Kesalahan telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna merah dalam keadaan mencurigakan

Selepas semakan dilakukan melalui Alat Aplikasi Pintar (EMMS) mendapati nombor asal motosikal tersebut ialah BNC 9492 manakala nombor pendaftaran yang digunakan BNB 9472 adalah palsu dan didaftarkan atas sebuah kereta


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639371″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply