Semasa

Gadis india potong lidah sendiri untuk dipersembahkan kepada dewi

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


AARTI pengsan selepas memotong lidahnya, kemudian ditutup menggunakan kain.


Dia bagaimanapun sedar semula lima jam kemudian dan bangun untuk menamatkan ritualnya, termasuk mengelilingi kuil berkenaan.

New Delhi: Seorang pelajar berusia 19 tahun memotong lidahnya dengan pisau dan menawarkan kepada Dewi Kali sebagai korban untuk memenuhi hajatnya.

Aarti Dubei, pelajar sebuah kolej di Madhya Pradesh melakukan korban itu, kononnya selepas dia mimpi menemui Tuhan Kali yang menuntut dia korbankan lidahnya sebagai ganti untuk menunaikan impiannya.

Kejadian berlaku di kuil Kali di bandar Reeva.

Aarti pengsan serta-merta selepas memotong lidahnya dan mempersembahkannya kepada dewi itu.

Dia bagaimanapun sedar semula lima jam kemudian dan bangun untuk menamatkan ritualnya, termasuk mengelilingi kuil berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan yang mengetahui kejadian itu meminta bantuan doktor dan polis untuk membantu.

Aarti diperiksa pakar perubatan yang mengesahkan keadaannya tidak teruk sebelum dia dibenarkan pulang selepas dirawat.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada lidahnya disambung semula atau tidak.

Seorang wartawan tempatan, Shyam Mishra berkata: Memang terdapat beberapa kejadian orang ramai menawarkan organ mereka kepada tuhan, dengan harapan impian mereka tertunai. Tetapi dalam kes mengejutkan ini, wanita itu berpelajaran.

Selalunya yang mempercayai benda karut seperti ini ialah mereka yang buta huruf. Dengan Aarti yang bependidikan kolej melakukan pengorbanan seperti itu, ia sudah pasti menarik perhatian orang ramai, katanya. – Daily Mail

http://www.hmetro.com.my/node/160187

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639359″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply