Semasa

Ibu dikecam bawa anak bogel pergi membeli-belah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang



Tindakan seorang ibu yang membawa anak perempuan yang berbogel ketika membeli-belah menerima kecaman di China. AGENSI

BEIJING 18 Ogos Seorang ibu tergamak membawa anak perempuannya membeli-belah di sebuah pasar raya di China dengan keadaan kanak-kanak itu bertelanjang baru-baru ini.

Mail Online yang memetik kenyataan Peoples Daily Online melaporkan, perbuatan si ibu itu menerima kecaman daripada orang ramai selepas gambar mereka dimuat naik ke dalam sebuah laman sosial di sini.

Kejadian memalukan itu dirakam seorang individu yang terkejut dengan penampilan kanak-kanak tersebut di Xinyang, wilayah Henan pada 13 Ogos lalu.

Individu tersebut kemudian memuat naik gambar kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua tahun itu ke dalam laman sosial Weibo.

Gambar kanak-kanak perempuan yang mengekori ibunya dengan hanya memakai selipar itu menjadi viral dalam sekelip mata apabila ditonton lebih 12.7 juta kali, sehingga mengundang kemarahan orang ramai di China.

Banyak pihak menghamburkan kemarahan terhadap sikap si ibu yang tidak mempedulikan langsung penampilan anaknya itu.

Sebagai seorang ibu kepada anak yang berusia satu tahun, agak sukar untuk saya menerima perkara ini, kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna pula berkata, insiden tersebut adalah contoh terbaik menunjukkan seorang kanak-kanak itu didera.

Ada juga dalam kalangan pengguna laman sosial yang menganggap perbuatan membiarkan kanak-kanak itu tanpa sebarang pakaian di tempat awam sebagai satu penghinaan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar….XhilgsPX.dpuf

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639354″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply