Semasa

Kantoi curi barangan baddrol bakhtiar

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


Sungai Petani: Tindakan tiga remaja lelaki memecah masuk rumah pemain bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar di Ampangan Height, Persiaran Amanjaya di sini,mengundang padah apabila ditahan, hari ini

Remaja lelaki terbabit berusia 15, 16 dan 18 tahun diberkas di kawasan Persiaran Amanjaya, di sini, bersama barangan milik Baddrol yang dicuri mereka iaitu jam tangan, tabung wang syiling dianggarkan RM300, beg barangan sukan, kasut dan satu set kamera litar tertutup (CCTV)

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kejadian itu disedari jiran mangsa pada 8.30 pagi tadi sebelum dimaklumkan kepada pemain bola itu

Menurutnya, mangsa yang pulang ke rumah kemudian mendapati pintu tepi rumah diumpil suspek dan mereka keluar melalui pintu belakang

“Mangsa bersama penduduk kemudian mengesan suspek sebelum memberkas sendiri remaja berusia 15 tahun itu. Rakannya turut ditahan dan diserahkan kepada polis

“Susulan itu polis kemudian ke rumah di Persiaran Amanjaya dan menemui semula barangan milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini

Md Zukir berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

Sementara itu cubaan untuk mendapat maklum balas Baddrol gagal apabila beliau enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian itu ketika dihubungi


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639341″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply