Semasa

Kejam wajah pembunuh adik noor amila edrus disebarkan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sungguh tidak berhati perut! Penemuan mayat adik Noor Amila Edrus Norsham, dalam keadaan tragis semalam sungguh mengejutkan seluruh Malaysia. Kanak-kanak berusia 5 tahun itu dilaporkan hilang minggu lalu sebelum ditemui mati dibunuh di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.


Murid Tadika itu dikatakan pergi menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang sebelum hilang.

Polis telah menahan suspek dan identitinya kini didedahkan. Difahamkan suspek 25 tahun yang dikenali sebagai Made Hamid adalah warga Myanmar yang ada pertalian keluarga dengan mangsa, suspek mendapat taraf penduduk tetap di negara ini.

Suspek ditahan di rumahnya di sekitar Jinjang Isnin lalu, yang kini ditahan reman.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menculik mangsa untuk mendapatkan wang tebusan untuk menjelaskan hutangnya.

Arwah adik Noor Amila Edrus dipercayai mati beberapa jam selepas diculik 11 Ogos lalu dan merupakan anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan 12.30 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh.


Foto : www.infokini.my


Info mengenai Pembunuh Kejam arwah adik Edrus

1) Bapa arwah adik Edrus mempunyai 4 orang isteri.

2) Edrus anak isteri nombor 4 (anak sulung) dan dijaga oleh isteri nombor 2.

3) Made Hamid (suspek) adalah suami kepada Nazurah Norsham iaitu anak perempuan kepada isteri nombor 2.

4) Made Hamid (warga Myanmar) adalah menantu kepada ayah Edrus dan isteri nombor 2.

5) Made Hamid (suspek) adalah abang ipar kepada arwah Edrus.

6) Isteri nombor 4 (ibu kandung arwah) bekerja di KLCC.


Hanya kerana hutang, nyawa anak yang tidak berdosa tergadai. Menitis air mata tatkala mendengar khabaran ini. Pihak keluarga apatah lagi. Kejam dan tergamak sungguh perbuatan si pelaku. Semoga adik Noor Amila Edrus Norsham tenang di sana.

Sudah pasti hukuman berat bakal dikenakan kepada pembunuh kejam ini. – CARI


Kredit : Info Kini

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply