Semasa

Pendaki wanita cedera menangis sendirian di atas gunung

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


Ranau: Seorang pendaki wanita yang mengalami kecederaan pada buku lali akibat terjatuh berjaya diselamatkan selepas tangisannya didengari malim gunung yang bertindak menyalurkan maklumat kepada Pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR)

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, warga Britain, Gillian Jane, 37, ditemui dalam keadaan kesakitan di Kilometer 7.2 Gunung Kinabalu selepas dipercayai terpisah daripada kumpulannya ketika dalam perjalanan turun ke Pintu Timpohon

Difahamkan, ketika ditemui, mangsa dikatakan cuba meminta bantuan selepas mengalami kecederaan pada kaki kiri sebelum disedari tiga malim gunung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau Jimmy Lagung berkata, mangsa bersama 12 ahli kumpulannya mendaki ke puncak gunung itu tengah malam kelmarin sebelum tiba di puncak pada awal pagi

Selepas tiba di puncak, kumpulan terbabit bergerak turun sebelum mangsa terpisah daripada kumpulannya

Ketika sedang menuruni laluan, mangsa yang bergerak seorang diri dikatakan tergelincir lalu terjatuh, katanya ketika dihubungi, semalam

Menurutnya, mangsa bernasib baik kerana tidak lama selepas itu, dia ditemui tiga malim gunung yang kebetulan melalui kawasan itu

Melihat keadaan mangsa yang cedera, malim gunung berkenaan menghubungi MOSAR untuk meminta bantuan

Mujur kejadian berlaku hanya terletak kira-kira 50 meter dari Sayat-Sayat, yang juga pangkalan MOSAR di puncak berkenaan, katanya

Jimmy berkata, anggota MOSAR kemudian memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa turun ke Laban Rata menggunakan pengusung

Mangsa dibawa ke Bukit Layang-Layang menggunakan helikopter pada jam 10.15 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu menggunakan ambulans, katanya


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639363″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply