Semasa

Remaja retak tulang: bukan semua orang layak bergelar atlet

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang





Remaja China tercedera selepas meniru aksi terjun atlet Olimpik

JINGXI, CHINA – Bukan semua orang layak bergelar atlet. Kenyataan itu terbukti selepas seorang remaja dikejarkan ke hospital kerana meniru aksi terjun atlet olimpik di sebatang sungai.

China Press melaporkan, remaja dari wilayah Jingxi, China itu yang menerima inspirasi daripada atlet terjun air Olimpik bertindak terjun dari sebuah jambatan setinggi 25 meter ke dalam Sungai Xin pada Jumaat lalu.

Namun aksi berani mati oleh Xiao Yu itu ternyata mengundang padah apabila dia mengalami keretakan tulang rusuk dan dikejarkan ke hospital.

Kecederaan itu berlaku berpunca daripada gaya terjunan yang silap.

Sebelum melakukan terjunan, rakannya yang bertanggungjawab merakam ‘aksi bersejarah” itu meminta dia berfikir secara mendalam, tetapi remaja tersebut berkeras mahu melakukannya.

Selepas melakukan senaman memanas badan yang ringkas serta diiringi sorakan daripada kawan, remaja itu terjun ke dalam sungai.

Namun sorakan gembira bertukar kejutan apabila hidung Xiao Yu berdarah tanpa henti selepas mendarat.

Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami keretakan tulang pada dada, rusuk selain kecederaan peparu.

http://malaysiagazette.com/ms/akhbar…bergelar-atlet
__________________


China

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply