Inspirasi

10 tahun pun, tak jamin kita kenal dia – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

10 Tahun Pun, Tak Jamin Kita Kenal Dia

Assalamualaikum, thanks admin approve confession aku.

Aku nak cerita pasal kawan aku nih. Dia dah kahwin. Kenal suami dia almost 10 tahun, and dorang dah 2 tahun kahwin. Aku terkejut gila bila satu hari kawan aku ni cerita suami dia main judi. Sedih gile wei kawan aku tu. Anak tak sampai setahun lagi. Kadang, suami dia ada masalah, kalah judi or terguna duit company, kawan aku ni la yang selalu tolong. Bayar sewa rumah, motor semua. Dorang sayang sesama dorang sebenarnya. Tapi tulah, judi ni bukannya benda yang bila kau cakap stop, boleh stop terus. Klimaksnya semalam, si suami minta tolong kawan aku nih pinjam kat sesape RM 400, nak bayar duit company yang dia terguna, siap cakap lagi, kalau dia main lgi, dia akan lepaskan kawan aku serta merta. Dan guess what? Malam tadi dia main lagi. Ya Allah, aku pun tak tau la sejenis perangai camtu. Nama suami dia pun dah kind of blacklisted.

Kawan aku tu dah la baru keguguran. Memang besar la ujian yang Allah tengah bagi dia nih. Dorang okay je sebenarnya, suami dia dalam proses nak hijrah. Sayang kawan aku dan anak dia. Takpernah lagi naik tangan ke apa. Masalahnya cuma tu la, judi. Takpelah, mujahadah lain-lain kan. Aku nak mintak korang doa moga dorang kuat, dilimpahi rezeki yang halal dan bahgia selalu.

Tapi tula, bila aku tengok rumah tangga orang ni, aku macam ponder sekejap. Betul la sebenarnya, waktu kenal sebelum kawen tu tak jamin apa-apa. Kau hanya boleh kenal seseorang tu bila kau dah duduk sebumbung ngan dia je. Masa tu la kau kena juggle dengan semua benda. Makan minum makan pakai, duit semua.

Sebelum kahwin tu, tak semestinya semua betul kan. Dan satu jugak yang aku belajar. Kalau kita nak cinta lepas kahwin, kita still kena kenal bakal tu. Tau life goal financial plan dia semua. Kenal perangai dia thru family dia. Bukannya terima camtu je. Still kena istikharah dah istisyarah, bincang dengan semua pihak.

Lectuter aku pernah cakap, berapa ramai pasangan muda kat luar tu tengah bergaduh, beratur kat pejabat agama untuk cerai. Nauzubillah. Kahwin ni tanggungjawab. Dua-dua pihak. Kahwin ni bukan seronok sweet sweet je, tapi lebih pada pembaikan diri. Nak corakkan anak-anak kau jadi apa besar nanti. Agama tu utamanya.

Aku dah dengar macam-macam cerita. Tapi, aku percaya, fikir yang baik2 je, insyaAllah yang datang pun baik-baik je. Moga Allah datangkan yang terbaik untuk aku. Tak kisahlah jodoh dengan manusia atau jodoh dengan maut datang dulu 🙂 Yang penting sentiasa improve diri dan skill yang ada. Hidup ni bukan soal jodoh semata ye dak? *senyum*

Wawa

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply