Inspirasi

Akibat taksub nak cantik – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Akibat Taksub Nak Cantik

Assalamualaikum. Aku harap sangat admin approve.

Sekarang ini banyak sangat aku tengok orang-orang sekeliling aku taksub cantik, mostly perempuan. Ye siapa saja yang tidak mahu kelihatan cantik, flawless, putih gebu kan. Tambahan pula berlambak produk-produk kecantikan dipasaran lebih-lebih lagi di online shop. Search je nak produk yang macam mana, semua tu kau boleh dapat.

Aku terdetik nak confess dekat sini sebab siang tadi, aku teman umi aku pergi melawat jiran kitaorang baru lepas operate. Masa dia cerita pengalaman dia kena operate tu weyyyy seram! Bukan sekali tau, ni dah masuk kali kedua akak tu masuk bilik bedah!

Puncanya?? Puncanya adalah produk-produk kecantikan tu la. Semua dia try wey! Kau cakap je nama produk, semua dia pernah try. Akak ni dia jenis kalau kawan promot produk ni dia try produk ni, ig shop promot produk tu, dia try produk tu. Pendek kata, sebab nak sangat cantik semua benda dia cuba.

Aku melawat tu pun dah berapa hari dia discharge dari hospital. Sebelum operate tu dia cakap, setiap kali dia bersin ke batuk ke tak semena-mena bleeding *macam period* even masa tu dia tak period. Dia dah cuak habis dah masa tu. Cuak punya pasal, dia search internet symptoms yang dia alami, mula la syak cervix cancer!

Dia kalau dulu selalu solat ala kadar je. Tapi dah dia diagnose sendiri tu, punya lemah satu badan mengadap Allah masa solat. Keesokkan harinya, dia pergi checkup. Pung pang pung pang akak tu cerita problem dia dekat doktor, doktor pon nak check la kan. Belom masuk camera lagi, doktor cakap yang v akak tu dah penuh dengan ketumbuhan! Selepas tu ada lah proses dia dan result untuk sample yang diambil tu memakan masa dalam sebulan. Akak tu cakap dia nak tahu secepat yang mungkin dan doktor cakap dalam tempoh 3 hari mungkin boleh dapat. Itu yang paling cepat.

Akak tu cakap 3 hari dia tunggu tu macam 3 tahun. Menagis time solat tu dah macam benda baru bagi dia. Sebelum tido peluk anak-anak takut nanti dah tak jumpa lagi dah.

Selepas 3 hari, result keluar dan doktor cakap, bukan cancer cuma ketumbuhan biasa. Selepas consult dengan doktor, akak nak operate. Sepatutnya operation tu ambil masa dalam 2 jam sahaja. Tapi disebabkan ketumbuhan tu berangkai dengan usus, jadi operation tersebut memakan masa dalam 6 jam. Akak tu cakap sakit tak boleh nak cerita.

Sebenarnya dia dah pernah operate sebelum ini pun disebabkan ketumbuhan macam tu jugak. Puncanya produk-produk kecantikan tu lah. Produk-produk tu bukan makan hari ni esok kena. Akak tu dah consume bertahun-tahun dah sister-sister sekalian.

Dia nasihat aku, tak payah la jadi macam dia. Perit sakit kau sendiri tanggung. Memang ada family, kawan-kawan, tapi sakitnya kau seorang.

Pernah sekali dia cerita, hari tu dia teman kawan dia pergi cucuk besarkan payudara. Macam orang gila kawan dia cucuk. Banyak jarum wey! Sampai sesak nafas, tak boleh cakap kawan tu. Sebab apa sebab taksub nak cantik punya pasal. Akak tu yang tengok ni pun seram. Tapi lepas selang beberapa hari, tengok kawan tu dah cun, meroyan pulak akak tu nak macam tu jugak. Haihhh

Sister-sister sekalian, aku faham memang fitrah orang perempuan nak kelihatan cantik. Tapi jangan menyeksa diri. Jangan sampai kecantikkan untuk hari ini, kau merana untuk eskonya. Tolonglah stop ambil collagen la apa la. Korang tau tak yang produk-produk yang duk cakap ada collagen semua tu sebanranya akan trigger cancer cells dalam badan korang. Elok-elok tak ada penyakit, korang cari penyakit. Sebab apa? Sebab taksub nak putih gebu.

Kenapa tak cuba cara sihat. Disebabkan aku merupakan student dietetics, meh aku cadangkan beberapa cara nak cantik secara semula jadi melalui pemakanan 🙂 *sambil-sambil promot course sendiri*

1) minum air kosong. Penting air yang cukup untuk badan ni supaya semua proses-proses dalam badan tu berjalan dengan lancar

2) makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebanyakkan rakyat malaysia ni liat betul nak makan sayur dan buah. Korang tau tak sayur dan buat ni kaya dengan pelbagai vitamin dan antioksida, yang mana dapat mencegah cancer!

3) makan makanan seimbang. Tak payah la nak diet teruk-teruk bagai. Korang makan seimbang insyaAllah badan korang berfungsi dengan betul.

P/s: aku explain tu dengan cara mudah faham, kalau nak lagi faham korang google je lah. Simple 😉 lagi pon aku baru nak masuk 2nd year *kahkahkah* cetek lagi ilmu.

Aku harap kisah akak tu jadi teladan dan iktibar bagi kaum sister diluar sana termasuk la aku sendiri. Ingat kesihat lagi penting.

Terima kasih sudi baca. Kalau macam serabai je point aku, minta maaf. Peace.

Akak Diet

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply