Inspirasi

Aku anak yatim – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Anak Yatim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ada baca confession pasal Suka Kawan Dengan Anak Yatim tapi kat sini aku nak confess pasal aku sendiri sebagai anak yatim.

Ayah aku dah meninggal masa aku sekolah rendah lagi. Adik-beradik aku ramai perempuan termasuk aku. Bila masuk sekolah menengah dan u kebanyakan kawan aku tak tahu pun sebab aku bukan jenis yang suka bercerita pasal keluarga. Bila ada yang bercerita aku akan diam je dengar cerita diorang. Yela kan bila diorang cerita mak bapak nak datang melawat, bank in duit belanja, aku mana ada semua tu. Huhu

Satu yang aku bersyukur bila dah terbiasa hidup susah, aku jadi lebih berdikari, biar sendiri yang susah asal tak susahkan orang. Kadang pasal makan pun aku tak kisah. Duit pinjaman ptptn aku akan cuba jugak bagi kat mak ngan adik-beradik aku sebab adik-beradik aku ada lagi 3 orang yang masih belajar. Mak aku tak boleh kerja berat sebab dia ada history of cancer. Aku tak kisah sangat pasal tu sebab aku rasa tu memang dah jadi tanggungjawab aku.

Yang menjadi masalah buat aku sekarang adalah kawan2 aku kat u. Memang ramai tak tahu aku anak yatim. Aku memang tak tunjuk susah aku kat orang. Biasa la kau pelajar mesti akan ada stok makanan. Aku bagi contoh paling mudah maggi. Stok maggi aku selalu ada dan aku rasa ramai je macam ni. Tapi kawan aku selalu datang minta kat aku sampai maggi yg boleh buat aku survive seminggu jadi 2-3 hari je. Awal2 aku buat tak kisah je tapi bila dah selalu macam tu sape boleh tahan kan. Yang datang minta pun selalu bagi janji manis cakap nanti aku ganti la. Ada jugak jenis yang cakap kalau kau nak makan maggi nanti minta je ngan aku. Tapi aku bukan jenis meminta. Jadi nak taknak memang aku terpaksa beli yang lain la. Tu baru maggi, aku tak sebut lagi milo gula susu biskut roti semua.

Next, bila sekali sekala lepak ada yang bercerita pasal tak cukup duit, segan nak minta kat mak bapak sebab dah besar. Aku jarang cerita pasal benda macam tu sebab semua tu dah biasa bagi aku. Aku rasa diorang assume aku ni anak orang kaya disebabkan aku tak pernah bercerita. Terkadang bila pergi atm atau sembang2 akan ada yang tanya duit kau tinggal berapa lagi. Terpaksa la aku bagitau. Memang ada yang cakap kat aku aku dah agak dah duit kau banyak. Memang duit aku banyak dari korang sebab aku berjimat, tapi diorang bukan tahu pun. Paling aku tak faham kau segan nak susahkan mak bapak sebab dah besar habis tu kau susahkan member yang sama2 susah macam kau ni tak segan pulak?

Kalau bab keluar pulak, aku memang selalu jugak tolak. Tapi takkan sentiasa nak tolak kan. Paling aku tak suka bila beli apa2 pastu pakai duit aku dulu, then bila balik masing2 buat lupa. Even sorang singgit dua je kena bayar tapi bila dah ramai total dia banyak kot. Aku pernah minta sebab terkadang tak tahan jugak, boleh pulak ada yang cakap aku ni berkira. Kau ingat aku berjimat simpan duit sebab nak belanja korang ke?

Aku ada sorang kawan yang ada kereta. Kalau nak keluar mana2 senang ajak dia boleh tumpang sekali. Tapi aku kesian kat dia. Yang menumpang tu ingat member kau isi minyak kereta nak bawak kau keluar jalan2 ke? Dahla menumpang tak sedar diri pulak tu. Kalau aku ikut sekali aku memang akan bagi duit minyak kat dia depan kawan2 aku yang lain jugak biar diorang terasa. Kalau ada yang faham memang akan hulur jugak tapi ada je yang jenis buat tak faham.

Tu pasal kereta. Pasal motor pulak, reti pinjam tak reti nak isi minyak. Walaupun bukan motor aku punya tapi aku rasa geram gak. Yang jenis anak manja tak reti bawak motor, terkadang aku yang terpaksa jadi driver kalau diorang nak pergi mana2. Aku tak kisah nak jadi driver kau, tapi yang aku geram bila kau nak keluar sebab hal kau, aku yang jadi driver ni pulak yang kena bayar minyak. Mana common sense kau? Sebab tu bila ada yang minta tolong jadi driver, aku selalu tolak. Yela bukan masalah aku pun tapi bila keluar duit aku jugak yang mengalir. Kau dahla pakai motor orang free, minyak pulak driver kau yang bayarkan. Sape yang tak sakit hati weh.

Sebenarnya banyak lagi benda2 lain tapi aku malas dah nak tulis. Aku selalu mengadu kat mak aku pasal semua yang jadi. Mak aku macam biasa la bagi nasihat nak sejukkan hati aku. Terkadang aku fikir salah aku ke tak tunjuk susah aku kat orang, sampai orang senang2 ambik kesempatan dari aku.

Kepada confessor Suka Kawan Dengan Anak Yatim, tq sebab sudi berkawan dengan kami. Dan aku bersyukur aku ada jugak kawan macam kau, yang tahu menghargai kami. At least aku ada jugak kawan yang dapat memahami aku walaupun sedikit. Dan dia pun memang kesian jugak kat aku tapi apa boleh buat. Orang zaman sekarang susah nak ditegur. Tegur sikit terus putus kawan. Aku sendiri tak tahu nk tegur macam mana sebab aku sayang kawan2 aku.

Kalau korang membesar dalam kehidupan yang susah, kau akan lebih hargai orang2 sekeliling kau. Kau akan fikir banyak kali sebelum minta tolong kat orang lain. Selagi boleh semua benda kau akan buat sendiri. Macam aku kt rumah, lampu, paip air rosak, aku ngan mak aku tukar sendiri. Kalau sakit sendiri cari jalan nak sembuh. Certain kawan aku anak manja sakit sikit nak kena orang hantar pergi klinik bagai. Kalau cuti sem pun aku akan cuba jugak kerja walaupun sekejap. Boleh jugak tambah belanja. Tapi bila masuk sem baru macam biasa la member kau ingat kau kaya gila sebab kerja masa cuti.

Aku tau nanti mesti ada yang cakap aku ni macam bagus sangat dan sewaktu dengannya. Tapi tak kisah la. Tolong doakan aku kaya dan berjaya biar aku boleh tolong semua orang sekeliling aku. Aku nak sangat tolong orang, tapi keadaan aku sendiri yang membataskan aku.

Angah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply