Inspirasi

Aku budak accounting – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Budak Accounting

Hai and TQ admin kalau sudi approved confession ni 🙂 . Memandangkan result UPU baru je keluar haritu kan, so meh sini adik2 yang rasa nak ambik course accounting dipersilakan baca haha. Ni reality yang ramai orang tak tau pasal accounting.

Selalu kat media social orang asyik cerita pasal bidang medic, engineering je kan? so biar aku cerita pasal accounting pulak.
aku tau semua course susah. so takyah lah nnti ada yang comment negative pulak. aku tak banding kan mana2 course. smua course kat Uni susah. tapi ni aku nak cerita pasal accounting.

First of all, aku bukan budak UIA. sekarang ni aku tinggal lagi setahun je nak habis degree. inshaAllah lepas habis practical nak sambung ACCA pulak.So here we go.

1. Busy person?
mostly kawan2 course lain and family aku memang tak faham yang aku ni busy. memang kadang sedih jugak sebab orang macam anggap eh kau ni asyik busy je bosan lahh, i was likewhattt? lecturer aku selalu pesan, bila kau dah terjebak dengan bidang accounting kau memang kena berkorban macam2. jangan sama kan course kau dengan org lain. subjek sumpah banyak gila. subjek killer pulak tu.Memang kadang nak balik rumah pun tak sempat. kalau selalu nak lepak dengan kawan2 haa lagilahh.

kalau kau nampak roomate kau relax2, boleh main game, boleh selalu pgi tengok wayang, dalam bilik pun macam tak bnyak assigment kau tak boleh ikut macam diaorg. yess memang lah jgn asyik study je. sape cakap aku serious je study?hahaha . aku pun selalu je keluar sana sini lepak dengan kawan2. Tapi kalau dah sampai tiap minggu nak lepak sorry lah sis.

kadang nak bernafas pun aku rasa macam tak sempat kot haha. kau imagine lah dalam masa 4bulan kau kena settle kan semua assignment, test, quiz, midterm, presentation, event, blum campur activity luar lagi , lepas tu terus final.bila kau dah ambik accounting kau kena put more effort. jangan ingat sekali je kau buat kau terus faham. jangan ingat accounting masa degree sama macam sekolah. lain gila okey. Kalau setakat seminggu tak tido tu normal. keje memang banyak. kalau tido pun setakat 3jam je sehari.

2. Accounting senang?
okey ni aku nak tergelak bila ada org cakap senang. ramai ingat acc masa degree ni sama je belajar macam budak sekolah and budak matrik belajar acc. hahah

weh tak sama langsung. kalau masa sekolah dengan matrik dulu kau setakat nak bagi balance financial statement, nak bagi balance trial balance, setakat buat journal and legder tu memang kacang. kau ingat kat degree ni nak main balance2 tu lagi? hahaha.

masa sem 1 degree ye lah belajar lebih kurang macam matrik. kau dah masuk sem 2 memang dah tak sama. aku memang pelik sangat bila kawan2 aku cakap acc senang. kebanyakan yg cakap ni sebab diaorg cuma ambik acc masa sekolah and matrik, degree sambung course lain. course lain pun ada belajar acc kan? , tapi tu yg basic baq hangg hahaha. tolong faham yg acc masa degree memang tak sama langsung apa kau belajar masa sekolah and matrik.

3. Subjek killer Financial Accounting and Reporting(FAR).
ni antara subjek killer budak2 accounting. subjek far ada empat paper yang kau akan belajar masa degree ,paper dia bersambung sambung every sem.

It is normal kalau kau fail and repeat paper . ye normalll sis and bro. orang tak kan cakap kau tak pandai sebab fail FAR. sebab memang normal kalau org fail hahaha.

ibarat macam sbjek add math masa sekolah dulu. normal kalau org fail pun.Kau kena put 100000% effort for this paper. Kau jangan main2 dari awal sem. kaulau tak memang hancur.

menangis masa jawab subjek ni normal.Memang menangis nangis kalau nak faham subjek ni. ni bukan subjek account macam kat sekolah and matrik tau hahaha. time nak exam jangan cakap lah. memang aku dgn roomate,kawan2 lain selalu je menangis sebab subjek ni haha. memang sakit kepala.

FAR ni tak kan cukup kau study kat class je. Kena study setiap hari jangan miss sekali pun sampai final. rajinkan jawab past year question. Kalau tak faham kena jumpa lecturer. subjek ni kau jangan study sorang2. memang kena study dengan kawan2. boleh mati kejung kalau study FAR sorang2. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah repeat lagi FAR walaupun macam2 onak duri ranjau berliku yg datang untuk lulus paper FAR haha .

4. Migrain?
aku memang ada migrain so memang tak boleh nak elak la. korang budak2 accounting selalu tak migrain?hahaha. memang tiap kali final je confirm migrain aku datang . Dia jadi makin teruk bila jawab paper accounting. Jangan cakap aku ni tak minat acc pulak. Of course la minat sebab tu nak sambung ACCA. Tapi kalau pening,sakit kepala,migrain tu normal la. lepas exam memang aku pergi holiday puasss2 nak hilangkan sakit kepala.

5. Study hard?
aku paling menyampah kalau orang cakap, kau ni jangan study hard sangat, relax2 sudahh. orang yang cakap macam ni memang aku rasa nak ketuk jee dengan lesung batu sebab yang cakap ni kawan2 aku yang course lain. kau dah ambik accounting kau nak ke taknak ke kau memang kena study hard. kau takde masa nak relax2 pun. serious, nak study pun tak sempat sbnrnya. nak pikir assigmnt lagi, presentation lagi, test, activity luar lagi.bila masa je boleh study? dengan subjek killer nya lagi. memang tak cukup 4bulan utk setiap sem sebenarnya.

6. ACCA?
ACCA ni memang susah sebab tu korang jangan nak cakap course acc ni snang sebab ACCA ni kira macam sambungan degree accounting. It is profesional exam kalau kau betul2 nak jadi chartered accountant. Memang tak ramai melayu ambik ACCA. selalunya cina ramai, semua pun tau kan cina pandai2.

kalau ikut kan senior aku pun ramai tak ambik ACCA. mostly lepas degree je sambung master. sebab masing2 dah tak sanggup sakit kepala nak menghadap accounting lagi haha. kawan2 aku pun ramai yg taknak sambung ACCA nanti. Tapi aku tak kira, aku nak terus kan jugak. come onnn rugilah ambik degree acc tapi tak sambung ACCA. dah bersusah payah sampai tahap ni so why not go on je terus kan? lagi pun memang aku minat nak sambung.

7. Accounting sama macam Mathematic?
sepatutnya point ni aku letak atas sekali tadi tapi lupa haha. ni ramai org salah faham . sebab tu ramai ingat accounting senang. lol. Jauh beza okey sumpah tak sama. adik2 yang nak sambung Accounting tu kau jangan cakap sebab kau minat math kau nak ambik acc.

oh mannn please jangann kang kau menyesal. kalau betul minat math ambik je la terus course math, statistic ke apa benda lagi yg aku tak tau. kau jangan ingat course acc ni semata mata kau kira yng senang2 je, kira duit. bukannnn hahaha kau kena faham concept dalam accounting. Math is about formula and accounting is about concept.

8. Kau kena banyak berkorban dan TERKORBAN.
yes untuk berjaya you have to sacrifice a lot. bukan setakat berkorban je tapi terkorban sekali. makin lama aku dah makin rasa terkorban sikit2, dah makin terhakis dah makin kurus lah kot. ehh tetibe haha. kau kena berkorban time kau dengan family sebab kau memang jarang boleh balik rumah. ni kalau yg jauh2 lah.

ni baru belajar bidang acc. belum kerja lagi. Lecturer aku dulu accountant. dia selalu cerita normal je kawan2 kerja dia tak kawen kawen lagi, yang dah kawen pun takde anak. senang cakap memang takde life sngat. sebab tu kebanyakannya diaorg ni end up berhenti and jadi lecturer especially perempuan la. perempuan kalau dah kawen kerja pulak as accountant, auditor and etc yg related to accounting memang takde masa dengan family. macam doktor jugak. setakat tido 3jam tu normal.

9. family support.
aku harap kalau family korang ada yang dalam bidang accounting please lah support banyak2 sebab tak semua org faham macam mna busy dia. lagi2 kalau orang yang dah kerja tu. memang kena bnyak2 pergi holiday nak release kan tension. memang selalu stress tu normal. kawan2 pun sama kena bnyak support kawan2. tak kesah la course apa pun. jangan ingat kawan2 yang tak spend time dengan kita tu sombong , masing2 dah besar patut dah faham macam mana life as s student.

paling penting kena dekat kan diri dengan Allah mintak dia permudahkan walau macam mana susah pun kita belajar. sebab tak semua orang faham. so luah kan je kat Allah banyak2 okey, inshaAllah hidup kita dipermudahkan kalau kita dekat dengan DIA. btw kalau sesiapa kat sini yg dah sambung ACCA, atau pun kerja dalam bidang accounting, please drop your comment. nnti aku baca dari jauh okey hehe. sebab inshaAllah nanti aku pun nak sambung ACCA. doakan aku dapat harungi semua liku liku onak berduri ni lagi setahun hahah. 🙂

Accountant to be

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply