Inspirasi

Belajar di egypt – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Belajar Di Egypt

Assalamualaikum wbt kepada pembaca.

Aku nak share sikit macam mana nak survive belajar kat luar negara especially di Mesir. Teringat masa mula-mula aku nak pergi tu, kalau boleh semua benda aku nak angkut dengan mak ayah sekali aku nak angkut haha.

1. NIAT KENA BETUL.
Okay, first thing first utk survive, niat korang memang kena pure. AKU NAK STUDY KERANA ALLAH. InsyaAllah, kat Mesir tu banyak je ilmu yang korang boleh dapat. Serius tak tipu. Daripada ilmu macam mana nak menahan marah sampailah ilmu kitab-kitab yang lain. Orang Mesir ni, perangai dia memang mengajar kita kesabaran. Allah sahaja yang tahu. Aku ni kalau ikutkan sebelum pergi Mesir aku baran. Tengking orang tu dah macam habit aku dah. Tapi sampai kat Mesir, aku nak marah orang pun aku tak reti dah. Telan je yang mampu. Mak pernah pesan juga janganlah buat perangai tak elok. Kita duduk negara orang. Menumpang je. Satgi jadi apa-apa, sapa nak tanggung, ye dak?

2. BELAJAR UNTUK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA.
Ish, aku ni takleh hidup kalau takde kerepek pisang. Tolonglah belajar untuk kawal nafsu korang. Belajarlah sikit hidup susah. Ada sorang housemate aku, setiap tahun balik mesti bagi senarai untuk bawa balik rempah-rempah. Aku tak kisah, cuma satu je perangai dia ni, takleh nak adapt dengan keadaan semasa. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab katakanlah kitorang dah kehabisan serai (and untuk dapatkan serai kat Mesir susah sikit kalau kau tak duduk di ibu negeri, Kaherah), housemate aku ni sanggup hold dulu menu yang dia nak masak tu sampailah dia dapat serai. Aduhai,katakanlah sebulan kemudian baru dapat serai, abih tu lauk tadi tu boleh tahan ke? Tapi, aku nak gaduh dengan dia lebih-lebih pun tak dapat sebab dia memang jenis degil sikit. So, kitorg yang lain ni layan jela. Ha, sebab tulah kita kena belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada je.

3. BELAJAR BUDAYA MEREKA.
Anak tuan rumah kitorg pernah pesan, kau kalau nak survive kat Egypt, belajar budaya kitorg. InsyaAllah kau akan survive. So, aku dengan housemates aku pun belajar budaya diorg. Diorg ni cakap macam nak gaduh. Kita belajar yang mana baik ataupun yang sesuailah memandangkan kita orang Melayu diajar supaya berbudi bahasa kan? Kalau utk yang ni nanti korang kat sana belajarlah budaya tu. Perhati je senior-senior korang and banyakkan bertanya.

4. JANJI ARAB
Mesir ni aku tak tahulah nak kata system dia tu cane tapi kalau korang kat Malaysia rasa system negara kita ni slow, Egypt lagilah. Kalau dia cakap seminggu lagi baru siap, janganlah korang percaya. At least, Malaysia bolehlah kau percaya. Pastu pejabat dia buka Allah, pukul 8 tu mujur sangat dia buka pastu tutup pukul 2 tu paling lewat tutup. Sekejap sangat kerjanya. Kalau kedai, nak zohor tu baru buka. Nasiblah kedai runcit buka awallah juga. Tapi, tak semuanya macam tu. Okay. Aku pesan awal-awal. Tak semuanya macam tu.

5. TOILET
Kalau korang jenis pembersih, belajarlah untuk gunakan toilet yang sedikit kotor. Praktis supaya kalau keadaan mendesak takdelah korang terburai kat dalam kenderaan. Haha tapi brain kita ni boleh je tahan sampai kita jumpa tempat yang selesa untuk membuang.

6. WONDER WOMEN.
Wanita sebenarnya untuk ke mana-mana dia kena minta izin ayah/suami untuk keluar daripada rumah. Tapi memandangkan dia jauh daripada keluarga dan tak berkahwin lagi, jadi sudah menjadi tanggungjawab lelaki-lelaki yang tak berapa nak sado atau yang sado untuk menjaga kalian. Kalau kat Mesir kita ada system mushrif, ataupun dengan kata lain peneman/pendamping untuk menjaga keselamatan wanita-wanita Melayu di Mesir. Tapi, perempuan ni bila sampai sana dia bajet macam dia kebal takpun dia rasa macam dia tu Wonder Woman agaknya, dia bedal je jalan sorang-sorang haaa, pastu adalah kejadian-kejadian yang tak sepatutnya jadi. So, wanita-wanita yang bakal ke Egypt, ni nak pesan gunakanlah khidmat mushrif biarpun tak handsome macam syukri yahya tapi insyaAllah Allah beri kekuatan untuk menjaga ukhti sekalian. Huhu

7. BERMASYARAKAT.
Kat Mesir ada persatuan untuk pelajar-pelajar Sains Kesihatan. Nama panjang dia Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir atau PERUBATAN nama singkatnya. Bagi aku pentinglah untuk kita saling bantu-membantu kerana jika berlaku apa-apa seperti riot, kerajaan akan merujuk PERUBATAN untuk dapatkan berapa bilangan pelajar sains kesihatan yang ada di seluruh Mesir. PERUBATAN ni dia bernaung bawah Education Malaysia-Egypt (EME). Jadi takdelah kes tertinggal time semua orang dah balik Malaysia hang dok terkapai-kapai kat Mesir lagi.

8. MAKANAN.
Kepada mereka yang tak pernah makan makanan Arab, takpelah. Setakat ni, kat sana kita still boleh masak masakan melayu. Jangan risau tak mati eh. Cuma ada beberapa bahan yang susah nak dapat. Barang basah pun, banyak ikan sungai. Tapi, nak bagitahu awal-awal, ada benda yang kecik kat Malaysia tapi kat Egypt besar giler. So, pandai2 lah korang berbelanja. Kalau kitorg serumah lebih prefer masak di rumah daripada makan di luar. Jimat duit.

Ni senarai barangan yang kitorg bawa every year.
A. Cili kering Malaysia (Mesir punya pedas giler)
B. Bunga lawang, asam keping, sup bunjut, kayu manis.
C. Sardin Malaysia sedap lagi
D. Kicap
E. Sos cili (Mesir takde sos cili yang rasa macam kita selalu makan)
F. Sos tiram
G. Ikan bilis
H. Belacan
I. Bihun
J. Perasa ikan bilis
K. Serai, halia, lengkuas (sana cam mahal)
L. Daun kari, limau purut, kesum, kunyit.
M. Pes Tom yam (kalau pakai)
N. Extension & adapter (egypt pakai pin kepala 2)

So, ni antara benda yang aku boleh sharelah. Aku doakan semoga urusan adik-adik dipermudahkan.

Yang sebenarnya,
Budak Pendiam Cool

Budak pendiam

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply