Inspirasi

Benci nanti sayang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Benci Nanti Sayang

Assalamualaikum warga IIUM Confession.

Saya ada kakak dan saya adalah anak kedua dari 5 beradik. Mungkin disebabkan kakak saya ni anak sulung, dia agak tegas dan boleh dikatakan agak garang dengan kami adik beradik. Sebagai contoh ketegasan dan kegarangan (ada ke perkataan ni?) kakak saya, kalau kawan-kawan parent saya datang, kakak saya akan paksa kami adik beradik keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu bersama-sama dengan parent dan kawan dorang. Dia cakap biadap kalau ada tetamu tapi kami terperap dalam bilik. Kalau kami adik beradik tak ikut cakap kak Long, alamatnya takde dinner la untuk kami malam tu. Pernah sekali adik saya keluar tengok wayang dengan kawan-kawan, balik rumah terlambat sejam, free kena tampar dengan Kak Long. Pendek cerita, Kak Longs words is the rules of our house. Tapi bagi saya, apa-apa yang Kak Long buat tu bersebab dan dah Kak Long memang jenis ikut buku Law ni. Takleh bengkang-bengkok.

Kitorang ada sepupu sebelah mak, anak bongsu Mak Long saya. Kami panggil dia Bucu (Abang + Ucu). Dia ni mmg perangai tak senonoh tapi kelakar sangat,which is kontra dengan Kak Long. Kalau datang rumah kitorang, ikut suka je dia nak kentut ke, korek hidung ke, sendawa ke, etc and Bucu ni suka buat lawak so satu rumah kecoh dengan gelak ketawa. Pendek cerita, Kak Long memang tak suka langsung dengan Bucu ni. Sampai satu tahap, Kak Long akan keluar rumah kalau Mak Long cakap nak datang dan Bucu ada sekali. Kekadang saya tak faham jugak kenapa Kak Long benci sangat dekat Bucu sebab bagi saya Bucu ni Ok je. Bekerjaya dan well mannered la juga depan orang tua cuma dia tak berapa serius sikit.

Sebab Kak Long ni selalu nampak serius je, adik-adik selalu la jugak bergosip sesama dorang pasal Kak Long sebab dorang cakap macam misteri sangat love life dia. Satu hari tu, mak tanya dekat Kak Long, bila dia nak kawen? Dah ada calon ke? Dengan tegasnya, Kak Long cakap dia tak ada dengan siapa-siapa dan dia suruh mak terima je siapa-siapa yang masuk meminang. Saya agak terkejut Kak Long cakap macam tu sebab dalam family, saya rapat dengan Kak Long dan setahu saya, dia baru je putus cinta like few days ago. Oleh sebab Kak Long seorang yang serius dengan kata-kata, mak pun take serious lah apa Kak Long cakap.

Satu hari tu, abah cakap keluarga Mak Long nak datang bawak rombongan. Nak meminang Kak Long untuk Bucu. Masa tu Kak Long dah tak boleh cakap apa-apa sebab abah pun boleh tahan tegasnya. Nak tumpah ke mana lagi perangai tegas abah tu kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terima je lah padahnya. Lagipun Kak Long sendiri bagi green light. Kak Long tak tahu benda ni tapi kitorang adik beradik bersorak happy sebab boleh bayang Kak Long rasa devastated camne bila kena kawen dengan musuh ketat sendiri.

Saya ingat lagi masa majlis kawen Kak Long dan Bucu, seorang pandang kanan, seorang pandang kiri. Bukan Kak Long je tak suka Bucu. Bucu pon tak suka Kak Long tapi sebab Mak Long cakap nak pinang Kak Long, Bucu ikutkan je. Sekarang ni dah almost 8 years Kak Long kawen dengan Bucu. Anak dah 3 tapi diaorang macam orang di awal-awal bercinta lagi. Tak boleh berenggang langsung. Selalu jugak mak bebel dekat Kak Long sebab selalu sangat tinggalkan anak-anak dia sebab Kak Long dan Bucu nak tengok wayang dan berlibur berdua je. Entah apa-apa. Dulu bukan main menangis tak nak dekat Bucu. Kan orang-orang tua dah pesan, nak benci tu jangan benci sangat. Nanti boleh jatuh suka.

Thank You sebab sudi baca pasal Kak Long saya. Cinta lepas kawen @ arrange marriage ni ada je yang bahagia, macam Kak Long saya. 🙂

Kak Ngah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply