Inspirasi

Berbakti pada parents – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Berbakti Pada Parents

Assalamualaikum, terima kasih warga IIUM Confession kerana paparkan confession saya. Saya tak pasti sama ada confess jenis ni sudah di-confess atau belum. Kisah ini berkenaan hati dan perasaan ibu bapa terhadap anak anaknya. Tapi saya akan beri kesimpulan mengenai apa yg diluahkan.

Bagi sesiapa yang sudah bekerja/praktikal yang masih belum berkahwin dan duduk sebumbung dengan ibu bapa. Atau lebih general bagi sesiapa yang digelar dia adalah seorang ANAK, baca sini baik baik sampai habis.

Kita perlu punya sifat empati dan sikap bertanggungjawab atau segala sifat/sikap yang baik baik. Saya lebih tekankan kepada yang sedang bekerja yang duduk sebumbung dengan ibu bapa. Tolong jangan jadikan rumah ibu bapa kita sebagai hotel. Balik kerja penat masuk bilik buat hal sendiri. NO. This is not good.

Jangan ikutkan sangat penat kita yang tak seberapa tu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa kita dulu. Percayalah, ibu bapa kita bukan nak ungkit ke apa ke, mereka cuma nak melihat anak mereka ada NILAI.

Bantu. Wahai anak-anak, lepasni bila balik kerja, sembang dengan parents, tanya khabar harini buat apa,tonton tv sama sama, bantu mereka sedikit basuh pinggan ke, kemas bilik ke, susun-susun ke. Yang penting kita bantu mereka setiap hari. PAHALA, BERKAT confirm dapat.

Weekend. Tak perlu kita nak release tension, hang out setiap weekend dengan kawan-kawan. TAK PERLU. Well said, parents also need to spend their times with childrens. Kita spend time dengan dia, bosan kat rumah pun kau tahanlah, yang penting hati mak bapak tu jaga. Ajak parents jalan jalan sekali ke, karok tgk wayang sekali. Nak hang dengan kawan tu boleh, tapi jgn selalu. Parents terasa guys.

Gaji. Gaji wajib bagi dekat parents walaupun rm5, berkat bagi duit gaji dekat parents tu, in sha Allah esok lusa millionaire(senang hidup) lah kita. Tak percaya ? Wajib cuba! Jgn kata tak cukuplah mak nak bg duit gaji orang sikit je, taaaapi every weekend hang out dgn kawan. Kalau nak kaya, bagi walaupun sikit!

Jaga hati parents ya ? Jangan jadikan rumah parents mcm hotel. Tolong parents. Sembang dengan parents. Gaji bagi parents.

In sha Allah, soon u will be a great person, aamiin !

Reena

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply