Inspirasi

Beza pengurusan antara malaysia dan uk – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Beza Pengurusan Antara Malaysia & UK

Hi and assalamualaikum peeps of IIUM confessions. Harini, saya nak cerita sikit perbandingan pengurusan antara UK dan Malaysia. Sebelom tu, biarlah saya memperkenalkan sedikit sebanyak tentang latar belakang saya. Saya merupakan pelajar aliran sains in UK. Saya seorg observant (baca: pemerhati yang teliti).

Alhamudulillah, perjalanan saya sebagai seorang pelajar di bumi Eropah ini telah hampir ke penghujung. Sikit lagi nak habis. Doakan yer. So, di sini saya nak menceritakan sedikit sebanyak tentang UK dan Malaysia berdasarkan pemerhatian dan perbualan saya bersama rakan mat salleh saya.

Pertama sekali, bukan niat saya nak mengutuk mana2 pihak mahupun melebihkan mana2 pihak. Kalau kita berlainan pendapat, saya meraikan pendapat anda wholeheartedly. Saya tidak ada masalah meraikan pendapat anda jika ia berbeza dengan saya tetapi sekali lagi, saya mohon supaya jangan kecam saya kerana confessions kali ni hanyalah merupakan pendapat saya terhadap sesuatu perkara. Bukankah Allah telah menciptakan manusia berbeza2? Jom raikan perbezaan ini. Wink2

Yang kedua, saya perasan followers IIUM confessions ni terdiri daripada golongan remaja seperti pelajar sekolah menengah; golongan dewasa dan golongan am iaitu pelajar undergrad (degree), pelajar postgrad (masters dan PhD), golongan yang dah berkerja, golongan yang dah berkahwin dan macam2 lagi. Jadi saya merasakan medium ini merupakan medium terbaik untuk saya salurkan pendapat saya yang kerdil ini.

Isi pertama: JANGAN BASH (BACA: PERLI) KAWAN2 ANDA YANG INGIN BERKOMUNIKASI DI DALAM BAHASA INGGERIS. SEBALIKNYA, SOKONGLAH USAHA MURNI MEREKA.

Saya rase saudara/i sekalian faham apa yang saya cuba sampaikan di atas. Sebagai seorang pelajar antarabangsa di UK, Bahasa Inggeris merupakan Bahasa kedua saya. Sudah tentulah saya kurang mahir pada mula2nya. Sejujurnya, walaupun saya telah melepasi requirement ujian Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh university, namun saya masih gagap2 menuturkan Bahasa Inggeris. Pada mulanya, saya fikir bahawa saya akan dibash oleh kerana broken English yang digunakan. Sebaliknya, subhanallah mereka sangat2 membantu saya supaya saya boleh bertutur di dalam Bahasa Inggeris secara sempurna. Dalam masa setengah tahun sahaja, saya berjaya bertutur di dalam Bahasa Inggeris secara sempurna. Bayangkan jika masyarakat kita tidak bash kawan2 yang ingin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, sudah tentu ramai masyarakat kita mahir dan fasih berbahasa Inggeris. Alangkah bagusnya!
Percayalah, bagi sesiapa yang ingin memulakan komunikasi di dalam bahsa Inggeris, it requires a lot of effort dan keberanian, confidence. Tidak perlulah rasenya untuk anda mengurangkan lagi confidence kawan anda, sebaliknya bantulah dan sokonglah usaha mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, anda akan mampu bertutur di dalam Bahasa Inggeris juga biiznillah

Isi kedua: JANGAN MALU UNTUK BERTANYA KHABAR KEPADA RAKAN2 SEKELAS, SEKERJA, SERUMAH ANDA

Pengalaman saya di sana, kawan2 mat salleh sentiasa ringan mulut untuk bertanya khabar. Mereka mulakan perbicaraan hanya dengan How are you?, Hows your work?. Apabila kami ingin pulang ke rumah masing2, mereka pasti berkata Have a nice day, Hope you have a better day today, See you tomorrow, thanks for a lovely day today. Hatta makcik pakcik cleaner di dalam department saya pun akan bertanya khabar sebaik sahaja ada pelajar yang lalu di hadapan mereka. Sungguh saya rindu untuk mendengar perkataan ini sekiranya saya balik bercuti di Malaysia.
Bagi anda, ia mungkin sekadar kata2 biasa, namun saya beranggapan ia adalah satu doa. Mereka berkata semoga hari kamu lebih baik hari ni seakan2 doa. Saya raikan kata2 mereka sebagai doa.
*
Isi Ketiga: MAKSIMAKAN WAKTU SEMASA DISCUSSION/MEETING
Point yang ni paling saya suka. Sepanjang pengalaman saya mengadakan mesyuarat mahupun discussion bersama mat2 salleh, perbincangan saya TIDAK PERNAH MELEBIHI 2 JAM. Mula2 skali ada discussion, saya berfikiran bahawa saya ialah satu2nya orang yang telah bersedia serba serbi dengan point discussion. Namun, ia meleset kerana mereka jauh lebih bersedia daripada saya. Hahahaha. Kebiasaannya meeting dan discussion akan selesai selepas 45 minit (paling awal) dan 1 jam setengah (paling lambat)

Isi Keempat: BE PUNCTUAL

Point ni paling penting. Sambungan daripada kisah di atas (isi ketiga). Sebagai contoh, kami telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 12 noon. Orang yang paling lambat akan sampai pada pukul 11.58. Percayalah, sikap ini mampu memberi impak positive dari segi disiplin semua orang. Anda juga tidak suka jika orang lain membuang waktu anda begitu sahaja.
Maaf kalau saya katakan, saya lebih rela bekerja dengan mat salleh daripada berkerja dengan orang Malaysia yang terkenal dengan perangai tidak menepati masa. Saya hilang kawan kerana saya seorang yang sangat2 menepati masa dan akan muncung mulut sebaik sahaja kawan2 saya sampai sejam lewat daripada waktu yang ditetapkan. Kawan2 saya telah membazirkan masa saya selama satu jam. Ingatlah, masa itu terlalu berharga (bagi saya).

Isi Kelima: RAMAH MESRA

Point yang ni pun penting juga. Kalau saya pergi ke supermarket dan ingin membayar barang2 saya. Percayalah, tiada seorang pun yang memandang saya tanpa senyuman. MEREKA BOLEH SENYUM DARIPADA 9 PAGI SAMPAI 5 PETANG. Ini membuatkan saya betul2 terkejut. Pada mulanya saya ingatkan hanya seorang sahaja yang sedemikian, namun saya salah. Semua cashier,salesgirl,waiter di mana2 supermarket, mall, convenient store,restoran begitu belaka. Kalau anda tidak percaya, terpulang!

Isi keenam: BALAS EMAIL

Point yang ini paling penting untuk dititikberatkan bagi pihak2 tertentu. Apabila saya berurusan dengan supervisor, admin office, lecturer. Mereka akan balas email secepat mungkin. Saya boleh katakan masa yang paling lama diambil untuk membalas email ialah sehari. Paling sekejap: 2 minit. Kebiasaannya, 2 3 jam. Pada pendapat saya, keperluan untuk membalas email dengan kadar yang segera adalah SANGAT PENTING kerana ia akan memudahkan urusan semua orang.
Maaf kalau ada kerani di sini yang terasa. Saya tiada niat untuk buat anda terasa. Cuma mahu memperbaiki /improve kerja anda malah kerja diri saya sendiri.

Isi Ketujuh: TIDAK MAKI ORANG

Pengalaman saya tinggal di asrama university pada tahun pertama kerana malas dan tiada masa untuk cari rumah sewa sungguh mengejutkan. Hahahah. Saya pernah membuat kerosakan pada shower bilik air. Btw, bilik saya en suite. Secara tidak sengaja, saya telah mematahkan shower head pada waktu pagi. Ganasnya mak aiiihhh. Pada masa itu, saya sudah takut kerana bimbang dimarahi oleh staff asrama (equivalent to Staff Mahallah Office). Saya sudah bersedia mentally untuk dimarahi dan akan membayar sebanyak mana ganti rugi yang diminta. Saya buat report pada waktu pagi dan pada waktu tengah hari, HARI YANG SAMA (Baca: mereka buat kerja secara efisien, tidak bertangguh) seorang technician telah datang ke bilik saya untuk tengok dan ganti terus shower head tu. Namun dia lansung tidak marah apatah lagi maki saya dan tidak dikenakan bayaran satu sen punFREEEEEE weiiii. Selamat duit akuu!

Di UIA, saya pernah mengalami perkara yang sama, bukan shower head, tapi rak buku yang tergantung di dinding saya (masa di UIA PJ) telah jatuh menyembah lantai. Gedeganggg satu blok boleh dengar. Hahahah. Keesokannya, saya telah membuat report di Mahallah Office. Namun, tiada satu action pun daripada mahallah office yang sy terima. Selama 2 semester, rak buku saya masih di situ. 2 kali saya buat report di MO. Akhirnya, saya biarkan aje rak buku di situ, malas untuk buat report lagi sekali. Fikir-fikir kan lah.

Isi Terakhir: MEREKA PUN ADA KEKURANGAN

Mereka ni agak pengotor. Saya pernah dijemput untuk bertandang ke rumah kawan baik saya (mat salleh), masyaAllah, kotor, bersepah, kulat, botol arak, bau-bauan di mana2 sahaja. Itu merupakan kali pertama dan kali terakhir saya menjejakkan kaki di rumah beliau. Hahaha. Saya x tahan bau busuk dan kulat di dapur beliau. Btw, sy seorang pembersih, OCD. Faham2 je lah. Mereka juga kuat MEROKOK. Namun antara sikap yang boleh saya puji, mereka tidak merokok di tempat yang tidak sesuai seperti tempat yang ada family bawak bayi kecik2. Ada sifat kemanusiaan di situ. Mungkin masyarakat kita pun boleh turut mengamalkan sikap sedemikian. Mereka juga kuat MINUM ARAK. Alahai, ni antara sifat yang susah nak diubah bagi mereka. Sehebat mana pun mereka di dalam lecture, mereka kelihatan zero apabila sudah mabuk.

CONCLUSION

Panjang dah ni celoteh saya di IIUM confession. Point yang paling penting kat sini ialah, ALANGKAH BAGUSNYA KALAU KITA BOLEH AMALKAN SIFAT2 MAHMUDAH MEREKA YANG NON-MUSLIM INI, PASTI BAHAGIA KITA HIDUP DAN KERJA DI MALAYSIA. Saya faham, tidak mudah untuk kita amalkan kesemua sekali, namun cubalah untuk praktikkan sikit2. Sikit2 lama2 jadi bukit.
Amin Ya Rabbal Alamin. Peace yo!

Najie

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply