Inspirasi

Bila common sense tidak ada – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bila Common Sense Tidak Ada

Assalamualaikum semua. Okaylah aku nak share satu cerita ni, mainly pasal common sense dan kebersihan. Aku belum pernah lagi duduk mana-mana rumah sewa sebab uia kan duduk mahallah je, satu bilik share empat orang. Dah macam-macam cerita aku dengar pasal rumah sewa, housemate tak jaga kebersihan lah, pengotor lah dan yang sewaktu dengannya. Aku bukanlah pembersih sangat, ada jugak time yang aku malas. Aku takde niat nak cakap besar apatah lagi nak riak, tapi ada dua tiga kawan-kawan yang pernah datang bilik aku, tengok locker aku diorang kata aku pengemas. Tapi pada aku, baju berlipat dalam locker, bilik tak berbau, meja study tak berserabut tu semua common sense pada semua orang. Ni aku share pengalaman aku dengan sorang roommate aku ni.

Roommate aku ni memang lawa, aku tak nafikan, sumpah lawa. Bukan nak stereotype pada orang lawa di luar sana. Tapi aku macam tak boleh terima, bila orang yang lawa dan wangi gila kat luar, hakikatnya dalam bilik Tuhan je yang tahu. Firstly baju. Baju biasa dia akan basuh seminggu sekali guna machine. Tapi bila dia jemur baju kat luar, boleh bau macam baju tu tak dibasuh lagi. Aku pun pelik, dia guna je softlan. Macam mana dia guna washing machine tu aku tak tahu. Roommate aku ni boleh la kira rapat dengan aku, borak-borak apa semua. Tapi setiap kali borak, mesti aku ajak dia borak kat compartment aku, sebab aku tak selesa (huhu sorry awak). Yang aku pelik, bila aku terserempak dia kat cafe atau on the way balik atau pergi class, dia lawa and wangi gila. Sampai bilik, nampak dah diri dia yang sebenar. Banyak kali aku rasa nak belikan dia penyembur yang wangi tu, rasa nak kemas kan je compartment dia, tapi aku pun takde banyak masa nak buat semua tu.

Banyak kali je indirectly borak dengan dia, tanya dia pakai makeup apa perfume apa semua. Makeup dia not bad semua mahal-mahal (MAC, bobbi brown dan banyak lagi). Aku dengan dia jarang borak pasal family sebab selalu borak pasal class dengan isu kat uia je. Haha. So aku taktau sangat background family dia macam mana.

Ada pernah sekali tu, dia pinjam shawl aku sebab dia nak gi dating. Aku bagi je sebab yela orang nak pinjam kan tak sampai hati pulak kalau tak bagi. Few days lepastu dia pulang tapi taktau dia basuh ke tak sebab bau macam belum basuh. So aku basuh semula. Dan lepas pada tu, dia selalu pinjam shawl yang sama tu sampai jadi lunyai. Ada sekali tu dia pulang kat aku, memang dah tak cantik color shawl tu, bercapuk semua, end up aku buang je. Tapi dia taktahu pun. Tapi tula masalah aku, tak reti and taktau nak tegur orang macam mana. Aku selalu takut orang tu terasa dan dia akan benci kat aku.

Selalu dengar cerita orang je kali ni jadi kat diri sendiri. Kawan-kawan aku ada discuss macam mana nak tegur and tolong orang macam ni. Contohnya kalau dia agak berbau takkan kita nak bagi set perfume and deodorant terus. Nanti dia terasa pulak. Mak aku pernah kata, kalau nak tegur orang jangan sampai buat orang tu menyampah dan dia takkan dengar pun apa yang kita tegur tu. So sampai sekarang aku still tak jumpa cara yang sesuai untuk tegur dan tolong orang macam ni. Kalau boleh aku nak semua orang dalam dunia ni hidup dengan aman (dan wangi haha). Lastly, tujuan aku tulis ni nak share je, dan kalau korang ada cara nak tolong aku, kongsi la ye. Peace

Bunga Melur

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply