Inspirasi

Bukan semudah itu untuk sabar – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bukan Semudah Itu Untuk Sabar

Salam weekend pada semua pengikut IIUMC dan thank you if admin publish confession saya. Saya nak luah pasal ayat cliche orang selalu sebut, SABAR. Asal mengadu apa-apa je, mostly akan respond sabar lah, sabar banyak-banyak, kau kena sabar, etc. Yes, niat yang respond tu memang baik sbb dia doa kawan-kawan dia bersabar. Its a good thing to be patient. Sebagai contoh, si A mengadu dekat si B yang si C suka mengata belakang dia. If si B kawan yang baik, dia akan suruh si A bersabar & just ignore it. But if si B kawan agak emotional, dia akan suruh si A pegi je lempang si C.

Tapi tahukah korang, sabar tu tak semudah kata? Saya bukan nak go against kemuliaan bersabar tu tapi saya nak share ilmu yang saya dengar di radio pasal sabar which I think the motivators point about sabar sangat make sense. Motivator tu cakap, jangan mudah melafazkan kata sabar sekiranya kita tak tahu maksudnya dan dalam situasi apa yang boleh digunakan. Mudahkan ayat, kalau kawan-kawan korang mengadu pasal something yang menyakitkan @ mengguris hati dia, korang jgn suka-suka je suruh dia sabar. Think deeply ayat yg sesuai korang cakap sebelum korang nasihat dia suruh sabar. Motivator tu cakap, hanya hati & niat orang yang ikhlas menyebut sabar tu je akan menyerap kedalam jiwa si pengadu. Meaning to say (sorry, saya pun pening nak hadam ayat tinggi dari motivator tu), if korang benar-benar ikhlas nak kawan korang sabar, barulah dia dapat bersabar. Perkataan sabar tu, semua orang boleh sebut. Yang ikhlas menasihati untuk bersabar tu yang susah. Saya akui, kekadang kita rasa letih nak dengar masalah orang sebab kita pun kekadang pening nak fikir masalah sendiri. Sebab tu bila ada kawan-kawan yang mengadu sesuatu, benda paling mudah dan selamat kita cakap adalah sabar je lah. Kekadang ni memang pedih bila dengar orang suruh sabar sebab kita rasa dia tak berada dipihak kita, suka-suka je nak suruh sabar. Cuba kalau dia ditempat kita, mau meroyan juga. And to be honest, for me, it is not a healthy relationship because it shows how unfocused you are with your friends situation.

Saya bagi contoh:

Si A: Stresslah dengan keje aku ni. Boss aku tu mcm @#$%^&!
Si B: Sabarlah. Tak baik tau kau mengata boss kau. Cuba kau relaks jangan fikir sangat hal office bila dkt luar.

Si B is a good friend sbb dia tak nak si A stress lelama tapi cara tu salah. My tip is, be a good listener first, then baru suruh dia sabar. Trust me, it works. Si B boleh cakap, Iskh teruk lah boss kau. Dia ingat dia bayar gaji, sesuka je nak buat kau mcm tu? Kesian kau. Sabar eh, jgn fikir sgt. Jom kita release stress kau nak?

Contoh 2 (yang saya ambil dari confession lain dlm IIUMC):

si A: Aku benci betul la orang yang dah kawen ni, suka banding-banding life aku dgn dorang. Dorang dah kawen boleh la cakap senang single ni.
si B: Hekeleh, relaks ah. Ko kesah apa orang cakap. Buat bodoh sudah. Dorang yg cakap tu dengki dgn ko je tu.
si C: Kau nak sensitif terlajak apehal. Aku rasa ko jeles dgn dorang yg ada anak laki/bini kan? Abaikan je dorang.
si D: Ikut sedap mulut dorang je kan? Aku paham perasaan kau. Why not bila dorang bandingkan tu, kau cakap je terus,Hah, mmg senang pun. Ko mintak je cerai, leh kita the singlesss lepak sesama. Sabar ye, aku doa ada jodoh untuk kau.

Korang rasa nasihat mana yang dapat buat si A become a better person? Tip, firstly tunjuk yang kita on his/her side no matter what. Lepas tu baru slowly tegur@nasihat kawan kita tu.

Contoh 3 (yang saya ambil dari confession IIUMC jugak):

Si A: Aku tengok si Temah tu harap pakai je tudung labuh tapi perangai macam setan. Aku tak suka orang tudung labuh ni. Hipokrit!
Si B: Entahnya. perangai tak mencerminkan pemakaian. Rasa nk lempang je.
si C: Kau pehal emo giler. Tak baik ah kata kat org cmtu. Tak semua orang tudung labuh camtu. Ko pon bukan baik sgt.
Si D: Aku pun takdelah berkenan sangat dengan si Temah tu. Ada je ramai lagi kawan-kawan bertudung labuh tapi ok & normal je aku tengok. Si Temah tu je yang lain sket. Ko tarik nafas dalam-dalam & lepas. Sabar tau, buang masa emo dengan org cmtu.

Korang rasa kawan mana yang lebih baik untuk si A dan untuk hilangkan rasa negatif dia pada orang bertudung labuh? Tips sama macam tadi. Sebelum suruh si A sabar, sogok dia dulu sebab lumrah manusia nak dengar benda yang dia rasa betul je. Manusia bila marah, dia akan block semua deria dia dari dipengaruhi orang lain. Lepas dia dah cool baru suruh sabar & selitkan nasihat.

Kadang-kadang, manusia ni, termasuk saya, awak dan dia, nak meluahkan perasaan je. Bila meluah tu, over sesangat. Padahal realiti takdelah marah mana pun. Sometimes we just need someone to listen & understand our situation je. Anyway, tak salah nak suruh orang sabar tapi sebelum tu, tunjukkan kita ni educated dan cerdik. First, be a good listener. Second, be on his/her side. Third, ungkapkan sabar bila perlu dan bila korang rasa memang ikhlas nak dia sabar. Fourth, kalau rasa dia salah, cakap elok-elok. Pilih bahasa yang melambangkan how well educated you are. I think it should be applied to everyone we meet @ every confession yang korang baca & nak comment. Instead of making an enemy, why dont u become a friend? So instead of bashing your friend @ suruh sabar without any meaning, be a good friend first. InsyaaAllah, he/she will be your good friend too bila korang nak meluahkan perasaan. Harapnya bebelan saya ni dapat beri manfaat pada semua. If u cant say something nice, then just listen and it will help a lot. Happy weekend peeps!

Sabar

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply