Inspirasi

Cubaan dakwah di oversea part ii – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cubaan Dakwah Di Oversea Part II

Assalamualaikum,
Terima kasih atas comment anda semua. Saya ni jarang online facebook, terkejut juga tengok ramai yang minta sambung. Terima kasih banyak banyak semua. Terima kasih admin kerana post confession saya before ni.

Saya ingin mulakan cerita kali ni mengenai kawan bilik sebelah saya tu Johny. Dia memang handsome ala ala Liam Hemsworth but instead of Austrilian accent he has a posh London accent. Okay takda kaitan dengan cerita, saja nak bagitau dia handsome. Anyway, saya pernah ada awkward encounter dengan Johny ni, waktu awal awal saya sampai UK. Lecture saya lambat sikit hari tu, bila masuk dapur nampak dia tengah prepare lunch, (satu tingkat ni share dapur) saya pun plan nak prepare juga lah. Tapi dia offer untuk buatkan lunch untuk saya, excited dapat kawan foreigner kata dia. Johny ni tanya saya familiar tak dengan sandwich BLT, saya angguk kan je kepala. Dalam hati macam pernah dengar dalam movie2 omputih tapi pebenda entah. Nasib baiklah before dia sempat sediakn aku tanya BLT tu stands for what. For those yang dah tau yep, BLT = (Bacon, Lettuce, Tomato). Saya terus cakap saya tak makan bacon which usually made of pork. Memang time tu bertubi tubi soalan dia tanya pasal kenapa Islam tak bagi makan pork. Lagi awkward tiba tiba ada mamat omputih lain masuk dapur, si Johny ni pergi bagitau cakap hey this girl doesnt eat pork! Geram pula teringat, memang mamat baru masuk dapur tu pun terkejut dan tanya soalan sama kenapa tak boleh. Aku lambat pergi lecture sebab dua orang tu.

Satu lagi, macam kisah arak tu johny pun tak tahu saya tak boleh minum arak. Dia pernah mabuk mabuk time Friday night ketuk bilik aku. Ingatkan benda apa, rupanya nak offer aku beer. Siapa yang pernah bau beer macam mana korang faham lah, memang time tu aku nak termuntah bau. Sebab orang mabuk ni pun ada bau dia. Belum sempat aku tolak offer beer dia tu, Johny ni terpengsan pula depan bilik aku, terpaksa lah buat muka tak tau malu minta tolong orang yang tak mabuk untuk angkat dia. Tapi Johny ni baik and kategori orang yang bijak jugak lah. Dia cerita yang ada kawan dia ni anti Islam. Johny memang kata dia cuba pertahankan Islam sebab dia kata sejak dia masuk uni dia kenal ramai muslim dari merata rata negara. Dan dia kate orang muslim ni baik baik. Tak macam yang media barat sebarkan benda buruk mengenai islam. Dia siap pernah pinjam tafsir Quran aku yang in english untuk baca. At first aku happy, but then dia hentam aku macam macam soalan, penat nak jawab. Maklum lah student major in law pula si Johny ni, walaupun sembang dengan dia best tapi dia suka guna bahasa tinggi2, susah pula nak faham. Kena ada dictionary sebelah. Tapi jujur cakap perbincangan dengan Johny memang menarik, sebab dia selalu guna fakta dari sumber yang legit. Johny ni minat history juga so dia ada study sejarah Islam. Johny kata sejarah Islam ni menarik, kisah Nabi Muhammad saw memerinatah dan sebarkan Islam. Sampai Johny lagi tahu banyak mengenai sirah islam dari saya. Saya ni dah lama tak study sejarah islam, dah berkarat juga lah.

Okay, ada cerita lain pula. Kali ni mengenai kawan saya punya jiran. Kalau oversea ni memang student akan pilih sama ada nak stay dalam uni or sewa rumah luar uni. Kawan kawan Malaysian saya ada yang sewa rumah kat luar uni. Kadang kadang mereka buat makan2 and jemput ramai orang, mostly malaysian of course. Saya jalan ke rumah mereka sorang2 dari uni, walaupun perempuan tapi kat sini selamat juga lah jalan sorang sorang. Rumah kawan saya tu takda number yang jelas kat mana mana, nak main knock pintu kan kalau salah rumah buat malu je. So kebetulan ada sorang pakcik ni tengah siram2 pokok bunga. Saya berhasrat ingin bertanya rumah kawan saya ni yang mana satu. Belum sempat tanya dia pandang saya terus dia lari masuk rumah. Takut benar dengan saya ni. Akhirnya bila jumpa rumah kawan saya tu, dorang cerita pakcik tu memang takut dengan dorang (kawan saya ni berhijab juga). Pernah pakcik tu jerit kat dorang go back to your country youre stupid muslim!. Tapi jiran jiran yang lain ada je yang baik baik, tak semua macam pakcik tu. Pernah saya jalan jalan ke rumah kawan saya yang lain, jiran dia ternampak saya terus tegur cakap assalamualaikum sambil tersenyum pada saya. Time tu terkejut sebab tak expect jadi saya jawab pun terkebil- kebil. Pernah juga jiran kawan saya tanya, kenapa pakai hijab warna warni. Sebab dia selalu tengok gambar prempuan muslim yang pakai serba hitam tu. Saya pun cakap je lah warna ni preference masing2, and untuk matching kan dengan baju gitu. Comel je makcik dengar nampak excited, dia pun tak pernah kenal muslim kawan saya ni kiranya jiran muslim pertama dia. Nasib baik lah kawan kawan saya ni pandai ambil hati, dan berjaya tunjuk yang kita Islam ni bukan macam media barat tunjuk.

Okay satu lagi cerita tentang Chrissy si Atheist tu pernah jemput saya ke rumah dia ketika Christmas eve. Sebab bila saya cerita saya tak balik rumah time cuti winter dia terkejut dan offer saya untuk stay rumah dia. Mula mula saya ragu2 jugalah, tapi sebab dia perempuan saya tak risau sangat. Parents saya pun bagi juga lah. Oh lupa nak bagitau, even Chrissy ni Atheist dia still sambut Christmas dengan family dia sebagai tanda hormat. In fact kalau korang nak tau, ni apa yang parents Chrissy cerita lah, christmas takdalah perayaan yang religious sangat. Christmas lebih kepada business and marketing, tengok lah orang western sambut macam mana berapa billion habis every year, itu pun amount satu negara je. Easter yang di sambut ketika Spring tu lah yang lagi religious dan berkaitan dengan Christianity.

Okay back to the dinner story, saya terkejut dengan layanan family Chrissy ni. Baiknya, sangat polite. Chrissy ada dua beradik je, kakak dia pun baik je. Mereka layan sebaik munkin, sebab mereka sangat hormat dengan tetamu. Even dinner mereka beli ayam halal di kedai halal demi saya, terharu tau. Mereka juga make sure semua masakan tu takda arak atau benda yang tidak halal. Chrissy sebab dah tau banyak mengenai Islam bantu parents dia cari makanan yang halal. Parents dia siap bagi hadiah christmas kat saya, comel je mak Chrissy bagi glove knitted yang dia buat sendiri.

Ketika kat rumah mereka saya ada minta kebenaran untuk solat. Time tu memang dorang jakun gak lah, intai2 saya solat. Saya bagitau yang kalau saya solat kena khusyuk tak boleh bising2, so kena solat dalam bilik tanpa ganguan. Yang kelakar nya mereka memang literally senyap. Takda sorang pun yang bercakap atau bergerak sampai lah saya sudah solat. Takut benar kalau gangu saya katanya. Lagi senyap dari surau2 kat mall malaysia, opps. Cumanya tiba tiba kakak Chrissy tanya, tentang pergerakan solat kita. Kenapa kita kena move in specific movement, ada bacaan ke. Time tu saya memang tak reti nak jawab, memang saya tanya kawan kawan saya yang lain. Tak expect orang akan tanya pasal pergerakan solat tu pula. Kadang kadang soalan dari non-muslim ni buat saya sedar betapa cetek nya ilmu Islam saya. Rasa malu pun ada bila saya mengaku pada mereka yang saya tak pasti kenapa. Saya bersyukur saya ada kawan kawan dari sekolah agama saya tu yang sudi membantu.

Setakat ni je lah cerita saya. Penat menaip pula, kalau ada yang salah tolong betulkan saya pun manusia biasa je. Terima kasih kalau sudi baca sampai ke akhir. Minta maaf kalau ada tersalah kata. Thanks again and sorry kalau ter offend mana mana pihak.

Cik Putih

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply