Inspirasi

Dean list dan malas – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Dean List Dan Malas

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi share. Aku bukanlah seorang pelajar yang baik. Aku sangat malas belajar, tidur adalah hobi aku. Aku akan belajar sehari sebelum peperiksaan, dan memang dah bertahun aku amalkan sikap belajar last minute ni. Kadang-kadang malam sebelum nak exam tu aku macam tak tahu apa yang aku dah belajar sepanjang sem tapi aku berserah dan tidur je walaupun banyak lagi bab yang tak cover. Bidang yang aku ambil ini bukanlah mudah dan kebanyakan rakan-rakan aku macam nak gila belajar sampai menangis tapi aku? Masih dalam dunia sendiri.

Baru-baru ni keputusan peperiksaan dah keluar dan aku dekan. lagi. Aku termanggu depan laptop, macamana aku boleh dekan sedangkan rakan-rakan aku yang berguling belajar siang malam tak tidur malam menangis sebab kena repeat. Jujur, aku tak boleh jawab pun exam dan aku langsung tak habis study subjek2 yang aku score tu. Bukan tak bersyukur tapi aku tahu apa yang aku dapat tu tak setimpal dengan usaha aku. Dan setelah berhari-hari aku fikir, mungkin doa-doa orang yang tersayang yang mengiringi aku sepanjang di dalam dewan peperiksaan.

Setiap kali peperiksaan, aku akan call mak aku. Aku akan mintak keampunan, restu dan berkat mak aku dan mintak dia doakan supaya aku mudah jawab periksa. Satu benda yang aku percaya, doa seorang ibu sangat termakbul. Sangat-sangat termakbul. Satu benda yang aku perasan, setiap kali exam aku rasa smooth je menjawab. Walaupun soalan tu aku tak faham apa benda tapi idea untuk menulis dan menggoreng mencurah-curah keluar. Aku jawab dalam keadaan yang sangat tenang.

Satu lagi, sedekah. Ini salah satu punca yang aku rasa menyumbang kepada kejayaan aku. Aku suka tumpangkan orang naik kereta aku. Kadang ada budak sekolah jalan kaki, aku ajak dia naik sekali. Kadang ada makcik bawak barang berat2, aku tolong angkatkan. Bagi aku ini adalah sedekah dari segi perlakuan dan sepanjang hari aku akan sentiasa berada dalam good mood sebab I did something nice to people. Dan yang paling aku suka buat, bagi makan kucing. Tiap kali aku bagi makan mesti aku akan cakap Kucing doakan aku tau, doakan supaya Allah murahkan rezeki aku dan permudahkan perjalanan hidup aku. Aku percaya benda ni, aku pernah baca kuncing akan mendoakan orang yang berbuat baik kepada dia.

Dan yang paling penting, jangan sesekali kedekut ilmu dengan rakan-rakan. Aku belajar benda ni dengan kawan baik aku semasa sekolah yang mana masa tu aku mintak dia tolong ajarkan aku subjek addmath tapi masa tu dia sendiri tak habis belajar lagi sedangkan exam tu kejaaap je lagi dah nak start and tahu tak dia cakap apa? Aku tak habis belajar lagi sebenarnya tp takpelah aku tolong kau nanti Allah mesti tolong aku dalam dewan exam. Aku terharu, sangat terharu and yes dia dapat A+ untuk subjek tu. Inilah yang aku pegang sampai sekarang, kita tolong orang, Allah akan tolong kita.

Tapi bagaimana pun aku percaya, kita juga kena usaha untuk berjaya. Aku berazam naik sem ni, aku akan belajar sungguh-sungguh supaya aku dapat capai kepuasan seriring dengan usaha aku. Dan aku harap semua yang baca ni sentiasa menjaga hubungan dengan mak ayah, sentiasa mohon kemaafan kerana kita perlukan berkat mereka untuk berjaya. And be good to people around you, assalamualaikum.

Mar

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply