Inspirasi

Dismissed dan grad – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Dismissed Dan Grad

Assalamualaikum W.B.T semua..Terima kasih admin sebab menyiarkan cerita saya..

Permulaan kepada cerita saya,saya merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik dan saya merupakan anak lelaki tunggal.Saya berasal daripada keluarga yg sederhana.Sejak di sekolah lagi,saya ni dikategorikan sebagai pelajar yang cemerlang.Boleh skor tetapi kelemahan saya ialah sangat lemah dalam Matematik dan Perakaunan.Asyik dpt D ngan E.Belajar benda lain cepat dan boleh skor.

Dipendekkan cerita,semasa diploma result saya boleh tahan dan merasa la jugak dekan.Walaupun still lemah dalam Matematik dan Akaun,tp still survive.Bagi saya basic Matematik dan Akaun ni susah gila,belajar bagai nak rak pun saya still tak paham2 ntah kenapa,tapi subjek lain ok je.Semasa diploma,saya repeat Business Math sampai 3 kali dan percubaan yang ke3 baru la lulus dan sem tu juga kali terakhir kod untuk subjek tu akan ditawarkan.Nasib baik saya nie.

Cerita saya bermula apabila memasuki degree.Dapat course yg saya kurang minat dan course tu juga penuh ngan subjek Akaun,Matematik dan Law.Ikutkan hati taknak terima tapi taknak hampakan mak ayah.So,saya masuk la jugak..Untuk sem pertama tu,saya repeat 2 subjek yg bkaitan Law ngan Math.Tp masuk part 3 asyik belajar je sampai kurus.haha,berjaya la cover balik dan lulus.Masuk part 4,kantoi 1 paper.Part 5,saya lulus paper tu tapi aku kantoi lagi 2 paper.

Masalah saya makin serius masa sem 5 nie..1 subjek Akaun dan 1 subjek Law.Masuk part 6 saya terpaksa gugurkan 3 subjek untuk diamek sem hadapan means sy kena extend.Part 6 ni sangat penat bagi saya dengan carry paper lagi,roomate buat hal lagi.Sy menyewa rumah dengan kawan2 dan menumpang kenderaan diorg.Semua rakan2 ni diploma bersama dengan saya.Rakan yg sangat baik.Tetapi kerana lebih mementingkan hubungan dgn awek cantik sebelah rumah,diorg lebih nak tumpangkan 3 orang awek sebelah rumah.Diorang biarkan saya terkapai2 untk ke kelas.

2 orang roomate ni sgt rapat dengan saya ttp sbb nak amek hati awek2 sebelah rumah terus lebih kurang ngan saya.Nak taknak tumpang je la dgn rakan rumah yang lain.Dengan diorg ni sy kurang rapat.Sy ke kls bertukar2 kenderaan dgn housemate lain sampaikan rakan sekelas pun pelik.Siap tanya dengan sapa ko ni g kls sbnrnya.Mana yg lagi 2 org tu.2 org tu pun pergi balik ke kelas dengan awek 3 orang tu je.

Punya la teruk makan hati sbb sedih rakan yg aku anggap sahabat.Aku sanggup share makanan,duit untk diorg kalo diorg kesulitan duit.Hanya sebab awek cantik boleh berubah.Masa ni aku dah mula penat,muka takda seri,perasaan aku sedih dan benci sangat.Tapi aku sabar je la rakan serumah dan kawan lama dari diploma lagi.Diorg pun lebih kurang je ngan aku.Housemate lain pun sedar perubahan diorg pada aku.

Aku ambil 5 subjek sem 6 dgn 2 lg yang carry.Sem ni aku dah tak boleh tumpu belajar sbb banyak pendam perasaan.Bila balik rumah,mak tanya ko ni kenapa ada masalah ke?muka nampak kusut dan takda seri.Ramai orang detect perubahan aku.So bila dapat result part 6..Aku kantoi 4 subjek termasuk 2 yang carry tu.Menjadikan 2 subjek yang carry tu dah kali ke3 aku amek.3 lagi subjek sem 6 yg aku gugurkan tu..

Masuk sem 7,aku extend dan buat keputusan untuk duduk kolej penginapan.Hidup aku jadi lebih tenang dan sem 7 aku bawak 7 subjek.Tiap2 sem aku still kena belajar Law ngan Akaun termasuk yang masa sem 5 tu..Ni yang kali ke3.Final paper aku lulus Law yg sem 5 tu tetapi Akaun yg sem 5 tu aku fail.Dah 3 kali aku fail termasuk 1 subjek sem 6.Dan aku dismissed,memang aku sangat malu dan dah taknak wat rayuan sambung belajar.Tp keluarga bg semangat pada aku.Dan aku buat rayuan sambung belajar.

Aku diterima masuk balik dgn status pelajar sem 8 dgn 3 subjek.Aku still belajar bsungguh2 dan masa final aku lulus 2 sbjk.1 yg buat aku dismissed tu dan lagi satu sbjk part 6 yang aku baru amek masa part 6..Ada 1 sbjk aku amek masa sem 6 tapi still sangkut even masa part 8 dan yg kali ke3.Dan aku dismissed sekali lagi.Aku dah putus asa tp mak ayah aku merayu aku jgn putus asa dan berdoa siang malam untuk aku.Aku wat rayuan sambung belajar dan layak wat SUPP PAPER tetapi tetap gagal.Tetapi still leh continue belajar dan diterima balik dengan sem 9 hny 1 sbjk.

Sem 9 ni aku tak dpt kolej penginapan dan tak mampu juga nak menyewa tambah tiada kenderaan.Kawasan U aku ni pun public transport tsangatlah kurang.So aku tumpang bilik rakan2 yg baik dan paham masalah aku.Sem 9 ni aku enjoy belajar,ye la dah kali ke 4 kan.Rakan2 kelas dan lecturer yang sgt baik.Dan akhirnya,Jumaat aritu dapat result.Alhamdulilla,aku bjaya gak tamatkan pelajaran.

Aku semasa diploma dikenali antara pelajar yg cemerlang.Tetapi kehidupan kan ada turun naik.Degree aku ni among stupid dalam fakulti.Semua orang pandang rendah kat aku.Memang aku malu dan sangat down.Diploma cerdik aje,degree makin bangang lak.Sehinggakan aku pun dah tak paham diri sendiri.

Kepada korang yang selalu repeat tu jgn down sangat.Jadikan aku sebagai contoh 2 kali dismissed dan 12 kali repeat paper sepanjang tempoh pengajian degree.Akhirnya,bjaya gak aku dapatkan degree.

Buat rakan2 sblm nak sambung course apa pun pastikan korang check course outline dulu untk korang tahu apa yg korang bakal belajar dan yg pntg korang minat.Jangan putus asa dan jgn mengeluh.Sentiasa redha dgn apa yg terjadi..Macam aku ni tak redho sehingga la 1 tahap masa sem 9 tu aku redho dan bersyukur barulah aku tenang.Jaga hubungan ngan mak ayah dan ni sangat penting,mak ayah kunci bahagia dunia akhirat.

Jaga hubungan ngan semua org.Banyakkan istigfar dan selawat.Banyakkan kebajikan.Tempoh degree ni banyak ubah aku jadi lebih baik dan matang,walaupun aku bnyk terluka.Yang penting,jgn putus asa dan banyak usaha dan berdoa.

Aku nak balas jasa mak ayah aku dan keluarga sbb spnjg belajar degree ni aku selalu meroyan,pemarah dan dingin sikit sbb banyak tekanan.Nak jadi anak yang baik lak..

Korang yg repeat tu jgn sedih2 k.Jadikan aku sbg inspiration.Kalo korang rasa teruk,pasti ada org yg lg teruk dr korang.Aku lega sgt dah habis belajar,dan skrg ni dah mula cari kerja.Doakan kejayaan aku weii.

En. A

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply