Inspirasi

Doa ibu untuk along – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Doa Ibu Untuk Along

Aku ada 10 orang adik beradik. Tapi sekarang tinggal 9 orang je. Sebab abang sulung aku dah meninggal dunia.

Kat sini aku nak cerita pasal mak dengan arwah abang aku. Bukan nak buka aib. Sebab bagi aku benda ni bukan aib, tapi boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.

Abang sulung aku, masa dia hidup, dia pernah jadi penagih. Dia terjebak dalam benda ni sejak umur dia 15 tahun. Takde siapa pun yang tahu. Macam biasa. Pengaruh kawan. Hari demi hari fizikal dia berubah. Perangai dia berubah. Sampailah mak abah dapat hidu yang dia dah terjebak dengan dadah.

Masa tu mak berdoa supaya Allah lepaskan abang aku dari pengaruh dadah. Setiap hari. Tak pernah berhenti berdoa. Dari umur 15 sampailah umur 32tahun, abang aku masih sama. Masuk pusat pemulihan, keluar kejap okay, lepas tu kawan datang rumah, jadi balik. Ambil dadah balik.

Masa tu semua adik beradik benci along. Muka abah tak selalu ceria. Mak? Tak ada mak kat dalam dunia ni tak sayang anak. Biarlah buruk macam mana pun, teruk macam mana pun, mak tetap ada untuk lindungi anak anak dia.

Satu hari along lari bawak diri. Tak pasti dia pergi mana. Tapi dia tak balik rumah agak lama. Cerita ni mak cerita kat aku lepas along meninggal. Mak cakap masa tu mak berdoa sungguh sungguh. Mak cakap Ya Allah, kau kembalikanlah anak aku. Bebaskanlah dia dari dadah. Kembalikan dia pada aku. Biarlah apa pun keadaan dia, macam mana pun keadaan dia, aku terima ya Allah.

Sebulan lepas tu, along tiba2 muncul depan pintu. Tapi masa tu along sakit. Along ni abang yang sangat baik. Tak pernah pukul adik adik, tak pernah marah melampau. Even kalau dia marah, bila dia betul-betul risau je. Tapi dia kan jadi hilang kawalan bila dia dibawah pengaruh dadah je. Jadi along balik, mula-mula dia demam. Mak jaga dia. Mak bawah along naik motor untuk pergi klinik, sebab along perlukan rawatan susulan untuk pastikan dia tak terjebak dengan dadah lagi. Abah kerja subuh, balik malam. Kadang2 kalau along kena pergi hospital, abah akan ambil cuti. Tapi bila abah kerja, maklah yang akan bawak motor pergi klinik dengan along. Adik beradik aku yang lain kerja jauh.

Sejak dari tu, along dah tak ambil dadah. Tapi along tak sihat. Tulang belakang dia makin membengkok. Kadang kadang dia terbaring berhari hari. Tapi bila dia sihat, dia akan bawak adik adik lelaki aku pergi makan, atau beli lah apa apa untuk mak.

Anak anak buah aku semua rapat dengan along. Terutama sekali Kakak, panggilan kitorang untuk dia. Kakak ni kalau dia balik rumah mak abah aku, along akan bawak dia pergi kedai RM2. Macam macam dia beli. Satu hari along demam teruk. Sampai tak lalu makan. Bila dua minggu demam tak kebah, along tak boleh jalan. Mak pinjam kerusi roda arwah kawan aku untuk mudahkan along. Maklah yang mandikan along. Maklah yang buat semua untuk along.

Sebelum along sakit, along ada jumpa seekor kucing. Masa tu hujan, kucing ni berlindung bawah kayu tapi badan dia penuh dengan kerengga. So along kutip dan bawak balik rumah. Kitorang panggil dia May. Nama asal (Marry)

So kucing ni manja sangat dengan along. Along marah kalau takde sapa bagi May makan. Jadi bila along demam 2 minggu tak kebah kebah, mak dengan abah bawak along pergi hospital. Dari hospital daerah, kena hantar ke hospital besar. Dua bulan along kena tahan dekat wad. Dua bulan jugaklah mak duduk dekat hospital. Mak tak balik, takut nak tinggalkan along. Lepas dua bulan, doktor bagi along balik. Tapi tak lama. Seminggu along balik, along sesak nafas semula. Jadi abah rushing bawah along pergi hospital semula. Masa abah angkat along untuk letak dalam kereta, abah menangis. Ye abah menangis. Abah tak pernah menangis depan orang. Tapi haritu abah menangis. Sebab abah cakap along terlalu ringan.

Sekali lagi along kena tahan wad, tapi dekat hospital daerah je. Masa along kena tahan wad, mak mandikan along, pakaikan bedak, tidurkan along. Sampai along kata mak layan along macam ni, rasa macam baby pulak.

Satu hari, pukul 3 pagi aku dapat panggilan dari abah. Masa tu aku ada dekat kolej. Aku dah agak, mesti ada sesuatu berlaku. Dalam fikiran aku, memang along je. Abah cakap abah nak bagitau ni, along dah takde.

Mak bagitahu, malam sebelum along meninggal tu, abah ada jugak kat hospital, tapi abah balik rumah kejap nak salin baju. Masa abah balik tu, baru along nazak. Masa tu along tahu dia dah nak pergi. Dia cakap, along takutlah mak. Mak cakap along jangan takut, kita semua nanti akan lalui benda yang sama. Along nak pergi dah ni mak. Mak ajar along mengucap, lepastu along pergi. Selama-lamanya. Lepas Along meninggal, May pun hilang.

Aku sampai dekat hospital, sempat cium dahi along untuk kali terakhir. Kakak sampai je kat hospital, dia menangis. Dia tanya Ummi dia, kenapa orang bungkus pak long Ummi, sambil menangis peluk Ummi. Aku panggil Kakak, aku cakap, Pak Long dah takde, Pak Long pergi jumpa Allah. Sampai sekarang bila orang tanya dia pasal Pak Long, dia akan jawab benda yang sama.

Aku rindu along. Rindu sangat sangat. Semoga Allah kurniakan along syurga bersama bidadari untuk Along. al-Fatihah

Hamba Allah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply