Semasa

Ejen telefon bimbit preorder tanggung hutang lebih rm100,000

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

JEMPOL – Seorang ejen telefon bimbit di sini, kini terpaksa menanggung hutang lebih RM100,000 selepas ditipu pembekal telefon bimbit.

Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 25 berkata, sepatutnya telefon bimbit yang ditempah sampai ke tangannya sejak April lalu untuk diberikan kepada pelanggan.

Menurutnya, sejumlah RM109,860 sudah dibayar secara ansuran oleh pelanggannya bermula Disember sehingga Mac lalu membabitkan pelbagai jenis dan jenama telefon bimbit dibeli secara preorder atau pembelian awal dengan pembayaran penuh dan perlu menunggu dalam tempoh ditetapkan untuk mendapatkan harga murah.

Bagaimanapun, sehingga kini dia belum menerima stok yang ditempah daripada pembekal terbabit sehingga terpaksa menanggung hutang pelanggan.

Saya telah menjalankan perniagaan ini sejak tahun lalu. Bermula Jun tahun lalu, saya menjadi ejen kepada salah seorang seller pre order telefon bimbit di Instagram. Pada awalnya, semua barang pre order saya sampai pada waktu ditetapkan.

Saya juga telah beberapa kali ke pejabat pembekal tersebut untuk urusan pengambilan stok dan tidak pernahsangka masalah ini akan berlaku. Masalah bermula tempahan pada bulan Disember hingga Mac yang sepatutnya saya terima bermula April.

Sehingga kini saya tidak menerima barang yang cukup seperti yang ditempah. Ia melibatkan kos yang telah dibayar kepada pembekal sebanyak RM109,860, katanya.

Menurutnya, pada awalnya, dia sanggup menunggu sama ada diberikan stok atau dipulangkan duit semula, tetapi apabila alasan demi alasan diberikan dan sehingga satu tahap, pembekal hanya berdiam diri, dia tidak boleh menunggu lagi.

“Semalam (kelmarin) saya tekad membuat laporan polisuntuk melindungi diri dan membuat tuntutan terhadap pembekal itu. “Disebabkan kejadian ini, saya perlu berdepan dengan pelanggan yang menuntut wang mereka dengan mengugut dan saya terpaksa bergadai untuk membayar semula wang mereka, katanya di sini, semalam.

Nurulazma berkata, setakat ini, dia telah mengeluarkan wang hampir RM10,000 untuk membayar semula wang kepada

pelanggan, bagaimanapun masih banyak lagi wang yang perlu dicari untuk membayar kepada pelanggan.

Rentetan kejadian itu, dia turut menasihatkan orang ramai supaya berfikir panjang lagi-lagi apabila pembekal tanpa rasa

bersalah menukar barang yang dipesan kepada barang lain.

Kita beli barang yang kita tak nampak. Memang harga murah,” katanya.

Sementara itu, Ketua polis daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol,

Kuala Pilah dan Jelebu.

Sumber: Official News, Current Issuesboyz371http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639430″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply