Inspirasi

Erti pengorbanan lelaki dalam perkahwinan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Erti Pengorbanan Lelaki Dalam Perkahwinan

Salam semua dan aku berharap kisah ini diapprove admin iiumc yang baik hati sekalian,

Adalah menjadi lumrah semua orang apabila berusia 20-an untuk mencari teman hidup untuk bersama-sama menempuh alam dewasa. Tapi cerita aku ini bukan cerita pasal cintan-cintun yang bersepah dalam page KRT. Aku ingin cerita tentang erti sebuah pengorbanan, dan apa yang diperlukan oleh seseorang lelaki, apabila dia melafazkan aku terima nikahnya di hadapan tok kadi. Cerita ini sebenarnya adalah kisah hidup kedua orang tuaku yang aku amat sayang dan hormati.

Kisah ini bermula apabila ayah aku mendapat tawaran belajar di US masa lewat 80 an. Ketika itu, dia dapat salah sebuah universiti yang top, pada zaman kegemilangan JPA yang offer budak-budak ke mana-mana universiti luar negara pun. So boleh kata ayah aku ni macam duduk dekat kawasan yang tak banyak sangat budak Malaysia and kena compete dengan mat saleh yang pandai-pandai. Alhamdulillah, memang rezeki dia, dia score baik punya, deans list bagai, to the point yang second year lagi dia dah ajar mat saleh tahun satu untuk tutorial. Alhamdulillah, agama masih jaga, sebab dia cerita yang dia sanggup drive ke bandar satu lagi, beratus km, setiap minggu, semata-mata untuk beli ayam/daging halal dari masjid di sana. Syukur alhamdulillah, selepas kerja, dia dapat tawaran untuk kerja dengan Boeing kalau tak silap.

Satu hari, sepucuk surat dari nenek (mak kepada ayah aku) diterima. Panggilan untuk pulang dan berkahwin di Malaysia. Pergh kalau kau dah top student, bakal dapat gaji masyuk, awek mat saleh no hal nak masuk islam, buat apa la kan kau nak balik? Gaji USD tu, bai, Malaysia masa tu airport pun ada brapa je, and kau specialist dalam design, buat and repair kapal terbang masa zaman mat saleh pun terkial-kial lagi dalam kelas.

Itu dia pengorbanan pertama, demi mengikut kata ibu, dia pulang ke Malaysia untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang dia tak pernah ada cintan cintun pun. Nasib baik mak aku lawa hehe.

So bermulalah kisah hidup mereka. Ayah ak dapat kerja AIROD subang, tapi sebab mak ak dapat posting kerja kat syarikat swasta di JB, dia pun resign and join salah sebuah universiti dekat JB. At least dapat la kerja lecturer ajar undergrad yang dia memang biasa buat sejak zaman university lagi and dia masuk fast track untuk phd and all was fine. For a while. Tetiba, akibat politik ofis dia tempat mak aku, dia terpaksa ditukarkan ke KL. Masa ni aku dah lahir, and disebabkan sorang duduk KL, sorang lagi JB, ak duduk dgn atuk & nenek aku kat kampung dan dibesarkan di sana.

Maka bermulalah pengorbanan kedua, dia let go fast track dia, dan terima tugas untuk set up a universiti kampus dekat KL. Tapi KL takde ajar undergrad, and ayah aku pun settle untuk ajar diploma je (diploma x belajar sangat kapal terbang ni). Lepaskan jawatan, lepaskan tangga gaji yang selesa, lepaskan minat ajar bidang yang dia suka, semua sebab nak duduk dekat dengan mak aku dan aku sebagai sebuah keluarga yang proper. Fuuh, sikit lagi aku jadi budak wecet.

Hidup masa tu dah makin senang, and mak aku dekat tempat baru dia doing ok. Ayah ak dekat KL pun ok, and dia jadi quite high position dlm kampus tu, and satu hari dia dapat tahu yang JB masih x lupakan dia, and mahukan dia buat PHD di luar negara. Maka aku kecik-kecik dah kena pergi kelas English untuk persediaan belajar dekat sekolah mat saleh nanti. Tak dapat main Tamiya petang-petang.

Maka bermulah cabaran kedua. Di atas pengorbanan ibuku yang bekerja siang malam, dia di fast trackkan untuk jadi management, dan ayah aku nampak akan semangat dan pengorbanan ibuku, dia tolak tawaran phd tersebut diam-diam. Dia x sanggup menggunakan kuasa veto nya sebagai seorang suami, untuk memaksa ibuku untuk mengikut kehendaknya. Tak perlu disebut pun akan tawaran tersebut, kerana dia tahu, seorang isteri yang soleh pasti akan menurut kata suaminya. Dia berkata, tawaran tersebut hanya untuk di Malaysia dan ingin tunggu untuk pemilihan ke luar negara yang seterusnya.

Gentleman kan? Dekat sini, kau akan nampak jantan2 yang insecure akan halang progress wife dia, dengan alasan eh, aku dah korban dulu kot, turn kau lah pulak, weh bini takkan lagi besar gaji dari laki, mana aci, malu weh, isteri kena la ikut laki oi dan lain-lain. Ada pengantin zaman sekarang ni takat tak pandai masak pun dah ready nak cerai. Small matter je beb. So ayah aku pun settle untuk developkan lagi kampus KL tu, sampai skarang, alhamdullilah, siap ada postgrad punya kursus dah. Siap kena posting sini sana untuk ajar askar, buat silibus dan tubuhkan universiti-universiti baru dan macam2 lagi.

Namun, dugaan datang lagi. Akibat politik dalaman, mak aku ditolak tepi untuk jawatan. Biasa la GLC, eh i mean swasta *batuk-batuk*. Tapi ayah ak steady je, xde pun nak mengungkit, and anggap bukan rezeki kami lagi. Apa yang rezeki dan amanat dari Allah adalah anak-anak. Masa tu aku ada adik-adik dah, and dorang ditatang bagai minyak yang penuh, pelajaran dijaga, and mmg hidup senang dengan tusyen bagai. Jeles sikit aku masa tu sebab masa aku kecik hidup susah kot.

Alhamdullillah, kini, mak aku dah dapat pun promotion kepada senior management company tu dengan gaji yang lebih besar dari ayah aku. Kawan-kawan ayah aku dekat JB ramai dah jadi dekan, duduk dalam Board of Directors syarikat-syarikat yang ditubuhkan universiti. Ayah aku rilek je, dia x kejar jawatan dan kejar nama, kerana prinsip dia, ada rezeki, ada lah tu. Dia tahu, pengorbanan apa yang dia dah buat dan nampak usaha dan titik peluh dia berhasil dalam bidang kuasa yang dia dipertanggungjawabkan. Sekarang pergi ofis masih bawak kereta jenis yang sama mcm budak-budak universiti bawak. Terkejut jaga kampus kerana ingatkan ada student terlebih rajin datang waktu cuti sem.

Aku berdoa agar ayah aku dapat buat PHD dia sebagai pelabuh tirai kisah hidupnya. Aku kini dah bekerja, dan salah satu azam hidupku adalah untuk memberi kemudahan dan kenikmatan harta kepada mereka kerana hampir 40 tahun mereka menunggu. Memang lah gaji mereka sekarang dah mewah, tetapi kalau kita dah biasa hidup cermat selama 40 tahun dan membeli apabila perlu, semua lebihan tu sama ada disimpan, atau diamal jariahkan. Aku amat sukakan kegembiraan di muka mereka apabila aku membelikan mereka sesuatu. Doakan aku ye untuk menjadi setabah mereka, dan berani untuk membuat benda yang betul apabila tiba masanya, kerana sampai sekarang, aku masih takut nak kahwin walaupun dah 20 lebih dah ni.

Itulah dia kisah cinta bagi aku yang paling best. Drama tv3 pukul 7 tu khayalan kau je. Cerita cinta yang sebenar, kalau buat novel, kalau takde cover love-love bagai kat depan, pasti kau ingat tu cerita pasal pengorbanan. Aku pun baru tahu kisah ni, mungkin sebab masa kecik-kecik kita ni tak mampu lagi nak menghargai dan mengenali apa itu pengorbanan. Amatlah jarang bila aku berborak dengan orang tua, dorang takde cerita yang best2 macam ni. Tak sangka, dalam keluarga sendiri pun ada. Kepada pembaca-pembaca yang masih ada orang tua, pergilah berbual dengan mereka, segarang dan setegas macam mana pun, kita sebagai anak tidak akan mampu menduga pengorbanan yang mereka telah ambil untuk kita. Ingat rezeki tu milik Allah 100% dan yang paling penting, kita tidak mampu untuk menduga cabaran yang kita bakal tempuhi di keesokan hari. Apa yang kita boleh kawal adalah reaksi dan response kita kepada dugaan tersebut. Berpeganglah dengan janji Allah yang dia tidak akan menguji hambanya, melainakan apa yang terdaya olehnya dan betapa benarnya syurga dan neraka.

Maaf kalau ada sedikit unsur bangga dalam penulisan di atas, kerana ternyata, aku amat bangga dengan mereka. Doakan juga kebahagian kami sekeluarga berterusan. 🙂

Anak lelaki pertamamu

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply