Inspirasi

Gadis marah penyewa rumah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Gadis Marah Penyewa Rumah

Assalamualaikum dan hai semua..

Ini kali pertama aku confess dan saja la nak luah sbb rumah sewa aku takde air patu bila aku bgtau si pengurus rumah sewa aku dia buat nada poyo, belagak n malas layan kat aku. So aku pun start rasa nak baling je poke ball kat mamat ni. Heyyy pokemon betul la.

Dulu waktu aku belajar peringkat ijazah time sem 8 tu aku menyewa kat luar kampus. Rumah sewa tu rumah sewa org awam tp diuruskan oleh student uni aku dan dia junior aku la. Tapi aku tak kenal dia. Dia tu kiranya orang tengah.Aku tau pasal rumah sewa tu melalui kawan aku. So aku communicate dengan dia melalui whatsapp je la. Memula tu takde masalah sebab aku byr deposit rumah pun melalui online banking dan hanya tinggal masuk rumah je.

Tiba la hari aku nak masuk rumah, pagi tu si pengurus tu call aku guna nombor lain yg aku tak save. Dia confirmkan yg aku ambil kunci rumah haritu. Tu je dia cakap. Aku pulak sewel lupa nak tny nak ambil kunci kat mana.

Aku pun gerak ke rumah sewa dgn akk aku dgn membawa harta benda aku yg byk. Tiba kat rumah sewa aku call si pengurus tp dia tak angkat. Aku call lima ratus kali ( aku tak ingat la bape kali tp aku non stop call dia) sampai menggelegak otak aku. Aku dah mendidih dah waktu ni sebab dah sejam tunggu.

Aku pun call kawan aku yang bg no si pengurus ni dgn emosi yang tak tertahan lagi. Aku ckp dgn nada marah2 mintak dia contact si pengurus tu. Kawan aku soh rileks masalahnya aku mmg kepala angin nak rileks hapa. Dia bg beberapa no si pengurus tu. Aku contact still tak dpt.

Lepas tu aku malas nak layan marah aku ajak akk aku g pasaraya beli brg sikit. Pas siap membeli masih tak dpt dihubungi. Ya Allah sakit hati aku eiii. Dia ni apehal tah. Aku pulak nak cari balik no yg dia call aku pg tadi tak jumpa sbb byk no yg aku tak save. Dah la no tu aku tak ingat sikit pun.

Dekat 3 jam aku tggu kawan aku pun call aku dia kata dah dpt hubungi si pengurus. Aku apalagi call si pengurus dgn emosi tak stabil la. Aku pergi ambil kunci dengan muka marah dgn suara pun nada bengkek. Dia kata phone dia rosak sebab tu dia tak angkat call aku.

Tiba time ambil kunci aku mintak resit deposit sbb nnt time nak keluar rumah senang nak claim deposit aku. Dia kata oh takde pulak org mintak resit sebelum ni.. takde resit la. Aku cam hah? Kau ni buat lawak ape. Mende ni kan urusan melibatkan duit. Lepas tu waktu dia nak recordkan nama aku dlm penyewa berdaftar bawah pengurusan dia, dia tulis nama aku dlm buku tulis sekolah. Aku taktau mcm mana dia buat penyimpanan data sbb dia tulis nama aku cam random je.

Padahal sebelum ni gigih aku bg details. Mcm2 la dia nak tp rupanya dia tak record pun. Aku kene la bgtau balik dgn keadaan marah. Dia tick hujung nama je dah bayar deposit. Kalau salah tick tu padan muka kau la joyah.

Time tu aku rasa dia ni entah pape dah. Macam mana dia menguruskan rumah dgn record tunggang laggang. Time tu mmg dah negatif la aku kat dia sbb dia dah panaskan hati aku kene tggu dia angkat call.

Pastu waktu aku masuk bilik aku, kipas slow giler. Mmg panas bilik tu. Aku pun bgtau la kipas rosak. Dia cakap nanti dia soh orang repair. Aku tunggu orang repair sampai aku habis sem takde pun orang datang repair. Setiap hari tido pun bukak tingkap sbb panas. Time hujan je tutup sbb air masuk basahkan tilam aku.

Dah habis belaja aku mintak deposit. Dia suruh aku mintak sendiri dgn owner rumah. Aku pun mesej la. Tuan rumah tu tak layan aku pun. Kawan aku mesej dia layan tapi asik kata busy la, nnt dia masukkan la. Last last dah lebih 3 bulan aku mesej tuan rumah kami tak halal duit baki deposit tu. See you in akhirat ok. Kami mmg sesak nak guna duit sbb baru keje gaji pun ciput mmg la desperate giler nak guna duit.

Patu aku dpt offer smbg belaja lagi kat uni lama aku tu. Tetibe Dr tu soh aku register terus so aku contact aje la si pengurus tu nak masuk rumah lama aku sbb aku fikir duit deposit aku ada lagi kat umah tu. Dia ckp rumah tu dah full. Aku masuk la rumah lain tp bawah pengurusan mamat ni jugak. Nak taknak aku menyewa la kat umah yg dia uruskan sbb sewa umah dia murah sikit drpd rumah lain. Aku pulak takde duit nak belanja lelebih.

Aku masuk menyewa rumah lain. Sama je la memula takde pape tp ada sekali tu aku tertinggal kunci dlm rumah. Patu aku takut sedih sebab level rumah aku tu gelap lepas tu esoknya aku ada meeting dgn supervisor aku. Dia cakap dia takde kat kawasan tu so dia takleh nak buat pape. Oh aku lupa nak cakap nada suara dia tu mcm katun sikit pada aku. So waktu dia ckp tu mcm tak heran gi lantak la kau pepandai la nak hidup. So aku drpd sedih terus marah. Aku marahkan si pengurus sbb taknak tolong aku. Aku taktau nak mintak tlg siapa sbb au ingatkan dia ada kat area situ. So aku setelkan la sendiri hal tu last2 dpt masuk jugak lepas nangis sedih. Kisah si pengurus ni panjang lagi tp aku tak larat dah nak citer. Nanti la kalau rajin. Mekasih baca. Paham ke tak? Haha. Aku tak pandai cerita sangat.

Gadis Garang

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply